“Terernya dia bawa lori, saya tolak troli je boleh” – Netizen

Pasti ramai yang bersetuju jika fakta mengatakan bahawa kini wanita juga mampu melakukan perkara-perkara hebat setanding dengan para lelaki di luar sana. Jika dahulu kerja-kerja berat hanya dilakukan oleh para lelaki, tetapi kini wanita juga tidak kalah jauh dengan mereka. Dan pastinya, wanita yang berkebolehan dalam segala hal merupakan idaman dan impian buat mereka diluar sana yang masih mencari pendamping hidup.

Penyanyi cantik yang terkenal dengan lagu Cumi-Cumi ini telah mengejutkan ramai pihak dengan perkongsian video terbaru di Instagramnya. Popular dengan nama Nabila Razali, walaupun sering mendapat tomahan dari para netizen tetapi dia dilihat semakin menapak kuat dalam industri hiburan.

Bukan sahaja terkenal dalam bidang nyanyian, Nabila kini juga sering dilihat berlayar di kaca-kaca televisyen sebagai seorang pelakon pula. Walaupun mula menceburi bidang hiburan dengan menyertai pertandingan nyanyian Akademi Fantasia, tiada siapa yang sangka Nabila juga berbakat dalam bidang lakonan.

Ternyata kebolehan yang dimiliki oleh Nabila bukan setakat itu sahaja, dia juga ternyata sangat berani dan boleh memandu lori. Tak semua orang mampu dan berani untuk membawa kenderaan muatan besar seperti lori lebih-lebih lagi buat para wanita di luar sana. Kebiasaannya pasti para lelaki yang sinonim sebagai pemandu lori.

Keberaniannya itu telah dipuji ramai peminat dan netizen yang kagum dengan kebolehan yang dimiliki oleh Nabila. Sebelum ini dia juga giat menyertai perlumbaan litar kereta yang dianjurkan oleh Toyota Gazoo Racing bersama-sama selebriti lain iaitu Janna Nick, Wany Hasrita dan ramai lagi.

Video yang dimuatnaik oleh Nabila itu telah mendapat komen dari ratusan para peminat dan netizen. Tidak lupa juga buat para lelaki yang mencuba nasib untuk mengorat Nabila di ruangan komen setelah melihat kehebatannya membawa lori itu.

Ada ura-ura yang mengatakan bahawa video itu merupakan video promosi bagi bagi produk makanan bernama Yammyyum yang bakal dilancarkan oleh Nabila Razali tak lama lagi.

Ramai yang sudah tidak sabar menantikan detik-detik pelancaran bagi merasa makanan terbaru dari Nabila itu.

Memang ramai yang terpegun tengok Nabila boleh bawa lori. Dah la cantik, pandai nyanyi dan berlakon, bawa kereta lumba dan lori pun pandai pula tu. Memang pakej lengkap la Nabila Razali ni.

Sumber: Instagram Nabila Razali

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!