“Kat mana urut tu, nak try jugak”- Netizen

Meluangkan masa-masa berharga dengan memanjakan diri di Spa dan mendapatkan rawatan dari hujung kaki ke kepala sememangnya kegemaran setiap wanita di luar sana. Penampilan diri yang menarik sangat dititikberatkan oleh setiap wanita sehingga sanggup melakukan apa sahaja demi mendapatkan wajah yang sentiasa cantik dan menawan. Tetapi kini urutan wajah juga sudah terkenal dalam kalangan wanita demi mendapatkan wajah yang awet muda.

Pelakon Puteri Sarah Liyana juga tidak terkecuali dari para wanita di luar sana yang menginginkan wajah yang cantik walaupun sememangnya dia juga sudah sedia ada terkenal dengan kecantikannya itu. Isteri kepada selebriti terkenal Sy4msul Yusof ini kini dilihat mula aktif dalam bidang lakonan kembali setelah lama menyepi.

Mendirikan rumahtangga bersama Sy4msul Yusof pada tahun 2014, dia yang dahulunya sangat aktif dalam industri hiburan mula perlahan sejak bergelar seorang isteri. Pasti ramai yang masih ingat dengan lakonannya dalam siri drama Evolusi KL Drift yang turut digandingkan bersama suaminya ketika itu.

Puteri Sarah kini dilihat sering berkongsi aktiviti semasanya bersama anak-anak dan kini dilihat sedang sibuk menjalani penggambaran beberapa buah drama selain mempromosikan barang perniagaan.

Lucu dengan telatahnya di dalam satu video hasil perkongsiannya di Instagram, ramai yang terhibur apabila Puteri Sarah telah menggabungkan satu video urutan wajah dan menggambarkan hasil daripada urutan itu kepada wajahnya.

Apa yang menggelikan hati apabila Puteri Sarah telah menggunakan satu filter yang lucu seolah-olah wajahnya itu memang terjadi dek kerana urutan kuat yang dibuat pada mukanya.

Walaupun filter itu kelihatan lucu, tetapi masih ramai yang memuji Puteri Sarah masih kelihatan cantik dan comel walaupun muka sudah berubah menjadi kemek.

Siapa yang berani buat urutan wajah macam apa yang Puteri Sarah kongsi tu memang hebat orangnya. Tak dapat bayangkan betapa s4kitnya muka bila dibuat sebegitu kuat. Tak pasal-pasal nanti muka jadi kemek macam Puteri Sarah.

Sumber: Instagram Puteri Sarah Liyana

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!