“Yang belakang tu kenapa hahaha” – Ruhainies

Pasti ramai yang mengenali pelakon terkenal Didie Alias ataupun lebih mesra dipanggil sebagai Mummy. Sebut sahaja nama Didie, pasti semua sudah membayangkan watak beliau yang lucu dan sering kali membuat lawak dalam rakaman video Tik Tok. Setiap kali Mummy memuatnaik rakaman video Tik Tok menerusi akaun Instagramnya, sudah pasti ramai yang terhibur.

Sebelum ini, Mummy sudah pernah tampil bersama-sama dengan pelakon Malaysia seperti Reen dan Syafie dalam rakaman video Tik Toknya yang tular disebabkan oleh kelucuan aksi yang dilakukan oleh mereka. Haih, memang betul-betul geng masuk air kumpulan mereka ini.

Terbaru, Mummy tampil lagi dengan video barunya yang sedang melakukan aksi Tik Tok namun kali ini bersama-sama dengan Jasmin Hamid dan Dian P. Ramlee. Amboi, tidak sangka bahawa Jasmin dan Dian juga merupakan penggemar Tik Tok.

Menurut Mummy, video yang dilakukan oleh mereka ini merupakan aksi terakhir bersama-sama dengan barisan pelakon Cukup Derita. Jasmin melakonkan watak sebagai Mak Gayah manakala Dian melakonkan watak sebagai Mak Long.

“Last performance dari unty unty tik tok buat peminat Cukup Derita itu, Gonna miss you Mak Gayah, Mak Long, tak tahu bile lagi akan digabungkan lagi”

“Jangan lupa gais 15 Nov nie sambungan Musim ke-2 Cukup Derita itu, Mesti korang tak sabar ape kesudahan Mak Yek dan Mak Gayah,” ujar Mummy dalam ruangan caption video perkongsiannya ini.

Video ketiga-tiga pelakon ini yang dengan bersahaja menari berjaya menarik perhatian para warganet pengguna aplikasi Instagram. Namun yang lawak adalah apabila seseorang yang sedang membawa papan yang berwarna putih jalan mundar mandir di belakang ketiga-tiga pelakon ini semasa mereka sedang khusyuk menari.

Video perkongsian Mummy ini yang telah dimuatnaik sejak satu hari yang lalu lagi berjaya mendapat sebanyak 109,089 tontonan beserta dengan 300 komen. Rata-rata netizen terhibur dengan aksi seseorang yang mundar mandir di belakang Mummy, Jasmin dan Dian.

Tak sangka Dian pun relax je melayan kerenah dua orang Tik Tok ni kan. Memang cool sahaja perangai mereka bertiga. Mesti tak stress kerja dengan mereka ni kan. Ada sahaja perlakuan lucu yang dilakukan mereka.

Sumber: Instagram Didie Alias

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!