“Maasalahnya semua yg dia buat pun mmg cute” – Netizen

Baru-baru ini Fazura telah muncul dalam program motivasi secara online yang dianjurkan oleh Prof Muhaya. Menerusi program berkenaan Fazura telah berkongsi pengalaman dan cara beliau mengatasi isu dan permasalahan yang berlaku dalam kehidupan beliau. Kata-kata Fazura cukup memberikan inspirasi dan memberikan semangat kepada para peminat beliau serta peserta yang mengikuti program yang dianjurkan oleh Prof Muhaya tersebut.

Semasa sesi secara online tersebut berlangsung, anak Fazura iaitu Fatima juga tidak ketinggalan membuat kemunculan apabila Fazura mendukung anaknya itu buat tatapan para peminat beliau.

Kerjaya lakonan dan peragaan yang terpaksa ditangguhkan buat sementara waktu kerana PKP digunakan sebaiknya oleh Fazura untuk meluangkan masa dengan buah hatinya Nur Fatima Aisya. Kehadiran puteri sulung mereka yang dilahirkan pada bulan Oktober tahun lalu menjadi penyeri buat pasangan ini.

Tiada kata yang dapat menggambarkan kegembiraan rumahtangga dan kehidupan mereka berdua apabila dikurniakan cahaya mata pertama itu.

Menerusi satu perkongsian di instagram peminat Fazura iaitu fattzuralovalifa, terdapat sebuah video yang memaparkan Fazura sedang mendukung anaknya Fatima di dalam kenderaan.

Fazura kemudiannya meminta Fatima membuat mimik muka comel untuk ditunjukkan kepada para peminat.

https://www.instagram.com/p/CQyDUt1A9r6/?utm_medium=share_sheet

Fatima yang seolah-olah memahami permintaan ibunya itu kemudiannya membuka mulut demi membuat reaksi wajah comel. Bagaimanapun apa yang lebih mengejutkan adalah Fatima keliru dan membuat reaksi menangis pula.

Fazura yang terkejut dengan reaksi Fatima yang berkemungkinan besar salah faham dengan permintaan dirinya, bayi tersebut membuka mulut kelihatan seolah menangis pula. Fazura ketawa terbahak-bahak dan terus memeluk Fatima melihatkan reaksi anaknya itu.

Rata-rata para peminat mereka teruja melihat respon balas Fatima terhadap permintaan Fazura itu. Mereka juga memuji kecomelan wajah Fatima yang mempunyai mata yang bulat. Peminat juga terhibur dengan reaksi Fatima menerusi video singkat yang dikongsikan oleh Fazura tersebut.

Kehidupan keluarga pasangan Fazura dan Fattah Amin yang sangat sederhana dan tidak terlalu menonjolkan anak mereka juga sangat dikagumi  oleh para peminat mereka. Berikut dikongsikan komen-komen peminat terhadap Fatima.

Personaliti pelakon tersebut yang sangat mesra dan sepi dari sebarang kontrOversi membuatkan para peminat sentiasa menjadikan beliau sebagai inspirasi.

Fazura juga sebelum ini pernah meminta agar para peminat terus mendoakan beliau semoga istiqamah bertudung. Semoga ibu Fatima dan isteri kepada Fattah Amin ini akan terbuka hati untuk kekal mengenakan hijab suatu hari nanti.

Sumber : ig fattzuralovelifa

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!