“Memang nama legend, susah nk jumpa nama macam ni skrg” – Netizen

Pasangan pelakon Sariyanti dan juga pelawak terkenal iaitu Jep Sepahtu baru-baru ini telahpun menimang cahayamata setelah beberapa hari umat islam di negara ini menyambut ketibaan bulan syawal. Jep memuatnaik pengumuman mengenai cahaya mata terbaru tersebut menerusi instagram beliau bersama sekeping gambar yang memaparkan isterinya sedang mendukung bayi mereka di sebuah hspital.

Kehadiran bayi lelaki berkenaan telah melengkapkan lagi keluarga mereka yang kini mempunyai 5 orang anak. Cahaya mata pertama hasil pernikahan Jep dan Sariyanti iaitu Dariya Inara kini telah berusia 3 tahun dan anak lelaki kedua mereka Khaidir pula baru sahaja berusia setahun pada Jun yang lalu.

Sebagai rekod Sariyanti sebelum ini pernah berkahwin dan mempunyai 2 orang cahaya mata lelaki hasil pernikahan beliau bersama seorang usahawan.

Kedua-dua anak lelakinya itu juga sangat rapat dengan adik beradik baru mereka dan sering menghabiskan masa bersama.

Sebelum ini Sariyanti mahupun Jep masih belum mendedahkan wajah mahupun nama anak kelima mereka itu. Namun menerusi perkongsian terkini, Jep telah berkongsi sekeping gambar anak kelimanya serta nama kepada para pengikut di instagram.

Jep atau nama sebenar beliau Mohd Nadzri berkata, nama anak lelakinya itu Abu Bakr bin Mohd Nadzri. Anak kelimanya yg dilahirkan pada 15 Mei yang lalu itu kini sudahpun berusia hampir 2 bulan.

Diperkembangan lain, isterinya Sariyanti juga turut mengikut jejak langkah suaminya memperkenalkan anak mereka kepada para pengikut akaun beliau juga apabila memuatnaik sekeping gambar lain wajah terbaru anaknya yang kelihatan sangat comel dan berpipi tembam.

Wajah anak kelimanya itu saling tidak tumpah seperti wajah abang ke empat iaitu Muhammad Khidir. Disebabkan ejaan nama anak kelima yang dikongsikan oleh Jep iaitu “Abu Bakr” tidak mempunyai huruf A dalam nama Bakr, ada peminat bertanya cara sebutan yang betul. Berikut dikongsikan penjelasan tersebut.

Comelnya Abu Bakr. Wajah Abu Bakr memang sama betul dengan abang dia. Mungkin sebab jarak usia yang tak sampai setahun dengan abang Khidir.

Menarik pilihan nama yang di buat oleh pasangan ini buat anak mereka. Cara sebutan pula sangat unik. Macam sebutan Arab.

Sumber : Instagram Jep sepahtu

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright  akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!