“Laa awat Tok Laki hmpa beruban habis Cheta” – Netizen

Keserasian dalam hidup berpasangan ini sebenarnya adalah perkara yang amat penting sekali. Tidak kiralah pasangan kita itu cantik ke atau kacak ke, pertama sekali adalah sesebuah pasangan itu akan bahagia jika mereka dapat merasai keserasian itu antara satu sama lain. Jika keserasian itu tidak ada dalam sesebuah hubungan itu, mereka akan rasa mereka tidak saling memerluk4n dalam rumahtangga yang dibina.

Siapa lagi tidak mengenali model dan pelakon wanita yang kekal cantik sehingga sekarang iaitu Rozita Che Wan. Beliau yang aktif  dalam industri dari tahun 1993 sebagai model dan tahun 2005 sebagai pelakon membuatkan beliau sangat berpengalaman dalam industri seni tanah air.

Seperti semua ketahui, beliau berkahwin dengan seorang pelakon lelaki iaitu Zain Saidin pada tahun 2013 dan dikurniakan seorang anak bersama iaitu Aaisyah Dhia Rana. Perkahwinan ini merupakan perkahwinan beliau yang kedua.

Dahulu sememangnya mencetus kontroversi mengenai jarak umur antara Che ta dan Zain Saidin namun ia tidak sekalipun mengug4t cinta antara Che ta dan Zain.

Walaupun berbeza usia mereka tetap kelihatan serasi dan cocok bersama. Mereka dilihat sebagai satu pasangan yang sangat bertoleransi antara satu sama lain. Sebagai pasangan selebriti, mereka sentiasa dilihat sangat ‘sweet’ dalam gambar-gambar mereka di dalam laman ig.

Rozita Che Wan dan suami sangat rajin memuji antara satu sama lain. Ini membuatkan netizen terinspirasi dengan hubungan mereka berdua ini. Anak-anak dari perkahwinan pertama juga dilihat sangat selesa dengan kehadiran Zain dan menerimanya sebagai ayah mereka.

Dari gambar yang terbaru beliau kongsikan ternyata menggambarkan keserasian mereka dan menyangkal segala tomahan tentang hubungan mereka yang pernah diberikan oleh netizn satu ketika dahulu.

Netizen di ruangan komen pula dilihat sangat terhibur melihat reaksi Zain Saidin. Ada juga segelintir yang cuba memberi komen berdasarkan pertanyaan Rozita di kapsyen beliau. Dan ada juga yang hairan dengan penampilan Zain yang dilihat seperti sudah beruban.

Jodoh ini sememangnya di tangan Illahi. Hanya Dia sahaja yang Maha Mengetahui. Zain dilihat sebagai seorang suami yang lembut dan penyang terhadap anak-naaknya.

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!