“Let0pan kasut Cheta smpai keluar urat kaki, tetap lawaa” – Netizen

Siapa tidak kenal dengan figura nan seorang yang sememangnya sentiasa dilihat cantik bergaya ini. Apa saja dilakukannya, termasuk yang kelihatan dari hujung rambut hingga ke hujung kaki sentiasa menarik perhatian. Seperti dalam hantarannya kali ini, bahagian kasutnya antara yang menonjol. Mana tidaknya, sudahlah tebal kira-kira 2 inci, tumit kasut seakan setinggi lebih 3 inci milik selebriti Rozita Che Wan atau CheTa yang berwarna merah jambu itu boleh seriau dibuatnya jika pemakainya tak biasa.

Apa pun jika namanya Che Ta yang pakai macam mana pun memang nampak elok saja. Sepadan sungguh dengan pemakaian tuan punya badan dan pasangan hidupnya, aktor, Zain Saidin dan anak tersayang mereka, Aaisyah Dhia Rana.

Masing-masing serba merah jambu, memang nampak manis sahaja dalam foto dikongsikan Che Ta. Begitupun lebih menancap pandangan netizen hingga jadi bualan ialah bahagian urat kakinya yang jelas kelihatan.

Tajam betul mata netizen menancap bahagian itu ya. Ramai mendakwa urat kaki CheTa jelas tersimbul hingga menimbulkan ‘kerisauan’ mereka pula apabila dia memakai kasut setinggi itu.

“Tangan kuar urat itu biasa…tp sampai kaki nampk urat gitu agaak luar biasa…”, “Cheta kenapa dengan kaki hampa tu..”, “Maaf Che Ta.. seluar tu singkat sgt…pki stokin nice… kami tegur sbb kami sayangg”.

Itu antara kata netizen. Ramai betul yang prihatin dengan CheTa hingga mencadangkannya agar menutup avrat dengan sempurna termasuk di bahagian kaki dan boleh memulakannya dengan memakai stokin.

Dalam masa sama, tak kurang pula yang berasakan netizen yang ‘susah hati’ dengan urusan urat kaki Che Ta itu agar tidak menyibuk urusan orang lain dan ada pula berharap agar doakan saja untuk wanita itu.

Sebelumnya baru-baru ini, kecoh juga netizen menegur keadaan tangan Che Ta didakwa sudah berkedut. Pun begitu ia dijawab Che Ta dengan menyuruh netizen zoom pada gambar dikongsikan di medsosnya.

Menggelarkan netizen ‘j4hat’ mulut, kata Che Ta tangannya bukan berkedut, sebaliknya hanyalah urat yang timbul. Katanya tangannya tiada isi sebab itulah ‘keluar’ urat. Mesti k3s sama dengan kaki ni…

Terdahulu bahagian urat tangannya itu jadi perhatian ketika Che Ta menunjukkan dan mempromosikan jualan inai celupnya. Sabar jelah Che Ta ya, biasalah selebriti lawa mesti semua jadi perhatian netizen…

Sumber : IG Che Ta

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!