“Jahaanam ekk, sapa yg kembangkan gambo kepommm” – Elly Mazlein

Rasa seronok kalau kita dapat lihat kembali foto-foto lama yang masih tersimpan di dalam galeri. Setidaknya, dapat juga mengubat rindu waktu kenangan bersama di waktu dahulu bersama-sama insan tersayang termasuklah keluarga mahupun rakan-rakan. Tetapi kalau golongan artis, cukup lakukan carian di laman web google sahaja pasti banyak gambar-gambar artis tersebut yang muncul dari dahulu hinggalah sekarang.

Namun, foto lama kembali diunggah oleh rakan artis yang pernah bekerjasama dalam satu drama ini telah mencuri perhatian ramai apabila gambar tersebut telah dibandingkan dengan gambar terkini dari mereka berdua.

Azhan Rani dan Elly Mazlein keduanya memang sudah terkenal dengan sikap humoris dan bersahaja ini telah membuat kejutan dengan kerjasama kembali mereka berdua dalam sebuah drama yang kini masih dalam proses pembikinan.

Sebuah drama baru yang bertajuk Giila Viral ini bakal ditayangkan di Astro Warna sejurus tamat penggambaran. Lucunya, gandingan mereka berdua itu telah mula menggamit kenangan lama sewaktu muda dahulu apabila pernah berlakon sama.

Ramai juga yang memuji sikap professional dari Elly Mazlein yang tetap memberikan sepenuh tenaga dan fokus ketika penggambaran dijalankan walaupun hanya rehat beberapa jam sahaja setelah tamatnya acara Gegar Vaganza pada malam sebelumnya.

Kapsyen yang dimuatnaik oleh Azhan Rani pada gambar tersebut mengundang tawa ramai netizen dan peminat yang terhibur dengan kata-katanya itu.

Gambar lama dan terkini mereka berdua itu telah diibaratkan seperti memesan dan menerima barang tidak sama seperti yang telah diiklankan.

Para peminat sememangnya sudah tidak sabar lagi menantikan tayangan bagi drama bertajuk Giila Viral ini disebabkan penampilan hebat dari Elly Mazlein dan Azhan Rani yang memang terkenal dengan sifat lucu mereka.

Apatah lagi bila digandingkan bersama, pasti masuk air jadinya. Mesti best drama itu nanti, tergelak2 lah depan tv.

Seronok tengok gelagat Azhan Rani dan Elly Mazlein di lokasi penggambaran. Memang kecoh habis mereka berdua ni kalau dah berjumpa. Tak sabar nak tengok lakonan mereka berdua di layar televisyen.

Sumber: Instagram Azhan Rani

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!