“Mengata saya ke” – Tomok

Selain berkongsi aktiviti-aktiviti seharian bersama keluarga mahupun ketika bekerja, pasti akan ada sahaja moment-moment lucu yang dikongsikan oleh para artis ini bagi mengiburkan peminat. Tidak kiralah gambar dan video lucu dari rakan, keluarga, anak-anak mahupun diri sendiri. Inilah yang selalu membuat peminat tertunggu-tunggu update terbaru dari para artis tanah air di Instagram mereka.

Siapa tak kenal lagi dengan si lucu Sherry Al-Hadad ini. Sikapnya yang sememangnya sangat spontan dan mencuit hati ini tidak pernah gagal menghiburkan peminat dan penonton ketika berada di kaca TV. Setiap kali keluar  penampilannya di layar televisyen, pasti ada sahaja gelagat lucu terbaru yang ditampilkan olehnya.

Disebalik sikapnya yang sentiasa ceria itu, pasti ramai yang belum tahu bahawa Sherry juga merupakan seorang pensyarah teater. Tidak hanya berbakat dalam pengacaraan, malah dia juga hebat dalam lakonan dan pensyarahan.

Selain tingkah lakunya yang sentiasa menghiburkan itu, perubahan drastik pada penampilannya kini juga sering menjadi buah mulut ramai. Sherry yang kini kelihatan lebih kur0s dikatakan sangat cantik dan ada desas-desus mengatakan dirinya sedang mempersiapkan diri untuk berkahwin.

Bermulalah lagi dengan kerenah lucunya, Sherry terbaharu telah memuatnaik videonya di Instagram sehingga menarik perhatian ramai termasuk Tomok sendiri.

Sherry yang terlihat botak pada video tersebut dikatakan sedang menyindir Tomok yang sudah terkenal dengan penampilannya yang botak sejak sekian lama dahulu.

Terkejut dengan komen dari tuan badan yang memang botak dari dahulu, Sherry telah menidakkan bahawa video tersebut ditujukan buat Tomok.

Video Sherry yang menggunakan filter tersebut memang berjaya membuat ramai yang terhibur dengan gelagatnya itu.

Tidak cukup dengan itu, komen-komen dari netizen pada videonya juga turut menghiburkan apabila ada yang mengatakan Sherry kelihatan seperti Steve Harvey, kartun, jiin Aladdin dan berbagai-bagai lagi.

Mesti Sherry fikir nak buat video lawak saja-saja je, taktahu pula ada yang terasa dengan kepala botaknya itu. Tomok pun sempoi je balas dekat video tersebut. Kalau tak lawak memang bukan Sherry la namanya kan.

Sumber: Instagram Sherry Al-Hadad

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!