“Ikut sweet macam daddy dia”- Mawar Rashid

Sikap romantik daripada golongan lelaki sudah tentu menjadi pujaan ramai wanita. Lelaki yang romantik secara umumnya adalah seorang yang pandai mengambil hati dan bijak berjenaka. Apabila seorang wanita yang telah bergelar isteri memiliki suami romantik, makin bahagia alam rumah tangga mereka. Pasti sang isteri dilayan seperti seorang permaisuri oleh suami tercinta. Kan?

Malah siapa sangka, sikap romantik si suami juga boleh turun kepada anak-anak lelakinya. Orang kata bapa borek anak rintik.

Buktinya, anak sulung Mawar Rashid iaitu Rafael memiliki sikap romantik sama seperti bapanya sendiri iaitu Raf Yaakob. Kecil-kecil pun sudah pandai layan ibunya seperti permaisuri.

Walaupun Rafael masih kecil lagi, sudah jelas kelihatan sikap romantik yang ada padanya. Bukan setakat romantik sahaja, perilaku Rafael pun nampak matang.

Menerusi video dikongsi Mawar di laman Instagram miliknya, kelihatan Rafael tolong menyarung kasut buat ibunya tanpa disuruh. Hebat sungguh anak kecil ini.

Perilaku Rafael sememangnya romantik sama seperti Raf Yaakob. Memang ikut perangai romantik bapanya ini hehe.. Ramai kenal Raf Yaakob antara suami dan selebriti yang popular dengan sikap romantiknya terhadap Mawar.

Gelagat spontan Rafael sempat dirakam oleh salah seorang ahli keluarga Mawar ketika mereka bercuti di luar negara.

Selain itu, posting video tersebut telah menerima tontonan yang ramai sehingga mencecah 83,000 tontonan. Rata-rata netizen memberikan pelbagai respon menerusi ruangan komen.

Rata-rata netizen juga memuji sikap keperibadiaan Rafael yang cukup matang dan kagum dengan kebijaksanaan si cilik ini. Malah tidak lama lagi Rafael bakal menerima adik baru.

Alhamdulillah sejuk perut Mawar yang mengandungkan Rafael. Betul-betul layan ibunya macam permaisuri. Sarung kasut dekat kaki ibunya dengan lemah lembut sekali.

Sumber: Instagram Mawarrashid

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!