“Artis Malaysia pertama yg review vacuum atas padang je”- Awal Ashaari

Review produk antara salah satu cara untuk menaikkan sesebuah jenama. Dengan cara pemasaran yang terbaru ini, banyak syarikat menawarkan produk percuma dan bayaran kepada golongan selebriti untuk membuat review produk terbaru. Jika kita lihat, ramai selebriti mempromosikan sesebuah produk di laman Instagram mereka. Siapa sangka, review sesebuah produk boleh dijadikan pendapatan sampingan mereka terutama di musim PKP ini.

Tidak terkecuali, pelakon Janna Nick juga sering review beberapa produk di Instagramnya. Salah satu produk ialah pembersih vakum berteknologi tinggi.

Review sesuatu produk memerluukan kreativiti dan Janna menggunakan idea kreatifnya dengan membuat review vakum di atas padang rumput. Lain daripada yang lain ye idea kreatif Janna

Idea kreatif Janna itu mencuri tumpuan pengacara popular iaitu Awal Ashaari. Awal memberi komen lucu selepas melihat video review oleh Janna.

Awal menyatakan, Janna selebriti pertama yang membuat review produk vakum di padang rumput selain daripada di dalam rumah.

Sementara itu, ramai netizen memberikan pelbagai respon di ruangan komen.

“Terbaik lah Janna, dah try vakum ni best, vacuum atas rumput eh, dasyat sis”- Netizen

Video review Janna telah mendapat perhatian sehingga 138,000 tontonan. Bagus ye Janna, review produk pun lain daripada yang lain. Takdelah boring netizen tengok hehe

Sumber: Instagram Jannanick

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*