“Pasaiapa kena pakai lagu ala2 drama pukui 7 ni”- Faezah Elai

Bergelar seorang ibu bukanlah sesuatu yang mudah. Banyak tugas yang perlu dilakukan di rumah meskipun ada sebahagian golongan ibu yang bekerja. Siang bekerja , di sebelah malam pula berhempas pulas menjalankan tanggungjawab sebagai suri rumah tangga. Sememangnya besar pengorbanan seorang ibu menjaga rumah tangga dan anak-anak. Maka sebab itu, kita wajib taat dan hargai mereka sebagai ibu.

Lebih-lebih lagi apabila ramai golongan ibu yang bekerjaya, besar pengorbanan mereka mencari rezeki dan dalam masa yang sama menjalankan tugas sebagai ibu menjaga anak-anak.

Begitu juga buat selebriti Syatilla Melvin yang sentiasa sibuk dengan jadual kerja beliau sebagai usahawan popular dan aktif berniaga pelbagai jenis barang.

Meskipun sibuk dengan perniagaannya, Syatilla tetap fokus terhadap anak-anaknya yang kini sedang membesar. Anak-anak adalah keutamaan buat Syatilla.

Lihatlah ketiga-tiga anaknya, masing-masing memerluk4n perhatian seorang ibu sepenuhnya memandangkan anak-anak Syatilla boleh tahan lasaknya hehe..

Menerusi posting video Syatilla, kelihatan Syatilla berkongsi pengalaman mengalami situasi apabila badannya sering keletihan. Meskipun video tersebut hanyalah untuk konten beliau, Syatilla memberitahu beliau juga menghadapi masalah yang selalu dilalui oleh golongan ibu.

Apabila seharian bekerja, memang mudah untuk golongan ibu selalu hadapi situasi begitu.

Dalam pada itu, video Syatilla telah menarik perhatian netizen dan ramai golongan wanita turut berkongsi pengalaman yang dilalui oleh mereka. Video berkenaan itu juga meraih 232,000 tontonan sejak dikongsi Rabu.

Lebih mencuri perhatian netizen apabila komen selebriti Faezah Elai cukup menghiburkan kita. Komen Faezah Elai turut menerima respon daripada Syatilla sendiri.

Memang betul.. Bila jadi seorang ibu ni, memang macam-macam yang kita terpaksa lalui. Sebab itu pengorbanan seorang ibu ini besar. Siang malam bertungkus lumus bekerja dari pejabat sampai ke rumah.

Sumber: Instagram samtilla

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!