“Kalau kat rumah dia elok laju dia jalan, kt sini xde mood dia” – Netizen

Nubhan Ahamad, seorang penyanyi yang sebelum ini popular menerusi Akademi Fantasia, suatu rancangan realiti, tapi kini namanya popular bersama mak nya yang bergelar Mak Jenny, popular dengan masakkan maknya yang kini telah berjaya di Malaysia, dengan produk makanan yang dimasak oleh maknya sendiri. Tapi bukan itu mahu dibicarakan, ia berkenaan mak-mak ni suka lagi duduk rumah sendiri berbanding rumah anak-anak.

Walhal, anak-anak telah menyediakan pelbagai kemudahan dan keselesaan lebih baik berbanding di rumah sendiri namun itu juga pilihan mak-mak kita. Begitulah dengan Mak Jenny, yang sukakan rumah sendiri berbanding rumah orang meskipun itu adalah rumah anaknya.

Bukan kerana tidak suka akan kawasan tempatnya namun kerana ketidak serasian badannya menerima tempat baru, sebenarnya apa yang Mak Jenny mahukan. Apa yang tidak kena dirumah Nubhan.

Nubhan menjemput dan mengambil Mak Jenny dek kerana rumah Mak Jenny diubahsuai bagi lebih besar dan lebih selesa buat Mak Jenny. Itulah kerana Mak Jenny duduk dirumah Nubhan buat sementara waktu. Namun nampak Mak Jenny lebih selesa dirumah sendiri.

Ada saja kerenah dan keletah Nubhan mengusik maknya, untung Mak Jenny dapat Nubhan sebagai anak, anak yang sangat sporting dan pentingkan kebajikan maknya. Perniagaan mereka maju sehingga sekarang dan banyak produk yang dikeluarkan oleh mereka.

Mak Jenny memang rapat dan akrab dengan Nubhan dan Nubhan lah orang yang menguruskan perniagaan yang dikeluarkan oleh Nubhan sendiri, resepi daripada Mak Jenny sendiri.

Bukan sahaja Nubhan menjual sendiri produknya namun hanpir di seluruh Malaysia beliau mempunyai agen dan stokis yang menyokong sepenuhnya. Sehingga kini beliau mempunyai ramai tenaga pekerja.

Pelbagai komen yang diberikan di video tersebut, rata-rata telah mengetahui sikapnya melayan maknya memang sangat baik dan beliau sentiasa membahagiakan maknya.

Bermula dengan kecil-kecilan, tapi kini Nubhan telah memiliki kilang sendiri dan semakin memperluaskan perniagaannya. Berkat Mak Jenny yang sentiasa mendoakan Nubhan.

Sumber: ig nubhan.ahamad

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!