“Berapa harga pasu tu” – Netizen

Sejak kebelakangan ini, nama Iqbal sering terpapar dalam mana-mana media sosial. Ada sahaja isu terbaru mengenai Iqbal yang menjadi perbualan hangat bagi semua para netizen. Kisah percintaan Iqbal bersama-sama dengan DSV telah menimbulkan pelbagai reaksi daripada seluruh warga Malaysia. Ada yang menyokong hubungan mereka dan ada juga yang memperlekehkan kisah cinta mereka ini. Baru-baru ini, sebuah parodi yang ditayangkan di dalam program MeleTOP benar-benar telah mengguris hati pemuda kelahiran Pasir Mas, Kelantan ini.

Pasangan Iqbal dan DSV yang tular di media sosial sejak awal September tahun ini tak habis-habis dengan kontroversi yang dihadapi.

Bukan sahaja para netizen yang sering mempersendakan pasangan tersebut, malahan ada juga selebriti terkenal seperti Catriona Ross yang turut tidak ketinggalan menjadikan kisah percintaan pasangan ini sebagai bahan lawak. Walaubagaimanapun, selebriti ini sudahpun tampil meminta maaf dengan pasangan ini.

Baru enam jam yang lalu, Iqbal telah memuat naik satu perkongsian gambar beliau yang berpakaian baju berwarna biru serta berseluar putih. Raut wajah Iqbal yang sedang duduk bersila itu seolah-olah termenung dan berada dalam keadaan yang sedih.

Tiada senyuman langsung yang terukir di wajah Iqbal, hanya muka yang masam jelas diperhatikan. Agaknya, apa yang Iqbal sedang fikirkan tu ya? Gambar ini walaupun baru dikongsikan oleh Iqbal, namun telah memperoleh likes sebanyak 13,965 dan 608 komen. Nampaknya, banyak warganet yang ambil peduli mengenai kisah pembantu peribadi DSV ni.

Terdapat banyak kntr0versi berkaitan dengan Iqbal ni. Min pun sebenarnya pening nak mula bagaimana. Ditambah lagi dengan komen-komen para netizen yang sentiasa membanjiri ruangan komen postingan Iqbal sekiranya ada gambar atau video yang dimuat naik di akaun Instagram milik beliau.

Tentu sahaja Iqbal bertambah saakit kepala. Jom lihat sebahagian komen para netizen di bawah.

Mentang-mentanglah sebelum ni Iqbal pernah memberitahu kos kucing-kucing yang dipeliharanya, asal sahaja ada postingan beliau, mesti ada netizen yang bertanya harga item peribadi milik Iqbal.

Amboi, halus sungguh permainan para netizen ni. Dari pasu ke baju ke jam ke sofa, tiba-tiba seluruh warga Malaysia berminat untuk mengetahui harga sebenar barangan milik Iqbal ni.

Min nasihatkan agar lain kali Iqbal gambar sahaja resit pembelian barangan agar jika ada warganet yang bertanya tentang harga, Iqbal tak susah-susah lagi nak ingat harga sebenar barangan tersebut. Kan senang. Kahkahkah.

Sabarlah Iqbal, kehidupan orang popular memang begini. Ada sahaja perkara baru yang menjadi topik utama gosip para netizen. Bagi hubungan Iqbal dengan DSV pula, malaslah min nak campur tangan cakap lebih-lebih.

Kalau jodoh, tak ke mana kata Datuk M.Nasir. Lagipun jodoh dan maaut itu di tangan Tuhan, kita manusia hanya dapat merancang. Betul tak?

Sumber: Instagram Iqbal

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!