“Cita cita saya nak kahwin dgn Tan Sri cikgu” – Netizen

Pelakon Fazura antara selebriti yang paling berpengaaruh dan disayangi peminat-peminatnya. Siapa saja yang tidak mengenali Fazura, pelakon cantik yang menghiasi ruangan televisyen pada zaman kegemilangannya. Sudah pasti anda masih ingat dengan salah satu ayat yang popular menerusi filem Psau Cuukur iaitu “Cita-cita saya nak kahwin dengan tan sri cikgu”.

Tak dinafikan, filem Psau Cuukur lakonan Fazura telah menjadi perhatian ramai dan masih ditonton sehingga kini menerusi platform drama filem secara online

Secara umumnya, Fazura antara ikon fesyen yang paling digemari ramai. Setiap fesyen terbaru yang dipakai Fazura, pasti ramai yang mengikutnya. Fazura juga mempunyai peminat yang ramai memandangkan beliau sangat menghargai semua peminatnya sehingga kini.

Siapa sangka, Fazura yang selalu menyerlah ini rupa-rupanya sejak kecil lagi sudah pandai bergaya ala-ala diva. Fazura pun mengaku sendiri tau.

Fazura telah memuatnaik foto lamanya baru-baru ini dah menjadi tumpuan ramai netizen. Foto tersebut menunjukkan Fazura seorang saja yang penuh bergaaya dikelilingi kawan-kawan sekolahnya yang lengkap beruniform sekolah.

Terbukti Fazura memang menyerlah sejak dulu lagi. Malah walaupun Fazura sudah mempunyai cahaya mata, beliau tetap kekal cantik dan ayu bertudung litup.

Walaupun Fazura sudah kurang aktif dalam bidang lakonan dan lebih tumpu pada perniagaannya, peminat-peminat Fazura masih mengikuti perkembangan artis kesayangan mereka itu.

Dalam pada itu, foto Fazura yang dikongsi itu telah menerima respon yang positif dan rata-rata berpendapat, Fazura sememangnya sudah pandai bergaya sejak kecil lagi.

Fazura ni dari dulu sampai sekarang maintian cantik je. Apa rahsia fazura kekal cantik ye? Jeles tengok…

Sumber: Instagram missfazura

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!