“Nak buat menantu boleh” – Netizen

Sejurus selepas Che Ta mengongsikan gambar anak beliau, Ammar Effendy, yang baru sahaja genap 25 tahun itu di akaun Instagramnya, berpusu-pusu komen yang datang daripada netizen masuk ke dalam ruangan komen postingan beliau. Selebriti cantik berumur 50 tahun ini yang bekerjaya sebagai bekas model, pelakon dan pengacara televisyen ini pernah menjadi perbualan hangat bagi para netizen suatu ketika dahulu disebabkan oleh perkahwinannya dengan Zain Saidin yang berumur 37 tahun pada tahun ini. Perbezaan usia mereka yang lebih kurang 13 tahun ini adalah punca utama Che Ta dan Zain begitu viral pada tahun 2013.

Tapi, bukan itu yang menjadi topik utama kita pada hari ini. Kali ini, mari kita berkenalan dengan lebih lanjut lagi mengenai anak Che Ta yang baru-baru menyambut hari jadinya pada 28 September semalam.

Ammar yang merupakan anak hasil daripada perkongsian hidup Che Ta dengan bekas suaminya, Azuar Effendy Zulkaply, dilahirkan pada tahun 1996 dan dilahirkan di Ampang, Selangor.

Anak sulung kepada aktress jelita Che Ta ini juga memiliki rupa yang tampan persis wajah ibunya yang manis. Bukan itu sahaja, Ammar turut mempunyai badan yang sado dan tegap. Patutlah Ammar ni ada banyak peminat. Terdapat banyak kualiti dalam dirinya.

Melalui gambar perkongsian Che Ta, Ammar kelihatan begitu tampan dan bergaya sekali dengan pakaian yang bertemakan warna merah. Ditambah lagi dengan senyuman manis jejaka ini, pasti banyak warganet yang terpikat dengannya.

Che Ta juga berharap agar anak sulungnya ini akan berjaya mendapat jodoh wanita solehah. Mungkin Che Ta dah tak sabar nak menimang cucu. Kihkihkih.

Baru beberapa jam gambar tersebut dikongsikan menerusi akaun instagram Che Ta, ianya sudah berjaya memperolehi likes sebanyak 1,583 dan 15 komen. Belum ditambah dengan dua lagi postingan Che Ta yang juga mengenai Ammar.

Namun yang mencuit hati ialah apabila banyak netizen yang bergurau dalam ruangan komen. Ada yang bergurau dengan menyatakan hasrat ingin menjadi menantu Che Ta.

Nampak gayanya, peninglah kepala Che Ta nak memilih mana satu wanita yang layak menjadi menantunya. Ada-ada je perangai lucu warga Malaysia ni kan. Tak kering gusi min membaca satu per satu komen peminat Ammar ni.

Ammar yang mempunyai followers IG sebanyak 369,000 itu sering memuat naik gambarnya di akaun Instagramnya dengan likes beribu-ribu. Selain memiliki ketampanan, Ammar juga merupakan seorang pelajar yg cemerlang di sekolahnya.

Keputusan SPM Ammar begitu membanggakan buat Che Ta kerana mampu memperoleh 8A. Wah, dahlah kacak, pintar pulak tu. Bertuah gadis yang berjaya memikat hati Ammar ni.

Pada tahun 2016, Ammar pernah menghiasi muka depan majalah tempatan Intrend bersama-sama dengan Aedy Asyraf dan Raysa Rizrose. Ammar juga merupakan entrepenuer bagi bisnes perfume AE93 dan dia turut berhasrat untuk membuka bisnes dalam koleksi pakaian Ammar E.

Harap Ammar berjaya dalam apa juga impian hidup. Dan seperti yang Che Ta sudah katakan, kami para warganet juga turut berdoa agar Ammar berjaya mencari seorang pasangan hidup yang setia.

Sumber: Instagram Rozita Che Wan dan Instagram Ammar

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!