“Rasa macam batu cave hempap muka oo” – Amyra Rosli

Bagi para wanita diluar sana yang masih bujang dan sedang mencari calon suami, adakah anda berminat dengan jejaka yang berbadan sado umpama pelakon hollywood terkenal Dwayne Johnson dan Jason Momoa? Pasti sahaja ya, kan. Mereka ni tampaknya kelihatan lebih menarik dengan ciri-ciri badan sedemikian. Tak susah pun nak cari lelaki dengan penampilan sebegitu pada zaman kini. Kebanyakan jejaka sekarang semuanya ‘gym add1ct’. Bukan seperti zaman min masih muda, semua kawan lelaki berebut-rebut nak jadi Ultraman atau Power Rangers. Hahahaha.

Nampak macam mudah je nak jadi sado kan. Tapi sebenarnya ia juga memerluukan kaedah yang tepat. Tak takut ke jika sembarang je angkat besi, tiba-tiba pinggang terkehel? Mak aii. Sebab tu lah profesional gym trainer tu harus ada.

Mungkin untuk yang sudah biasa dengan workout ni tak jadi masalah bagi mereka. Sebab dah tahu step bagai. Sebab tu lah min lagi prefer senaman biasa biasa je. Macam jogging atau berjalan 10,000 langkah. Tak perlu nak risau otot terkehel ke apa.

Artis tanah air seperti Amar Baharin, 36 tahun, juga tidak ketinggalan untuk mendapatkan badan yang sado seperti kebanyakan impian anak muda sekarang.

Amar yang merupakan suami kepada pelakon terkenal Amyra Rosli ini baru-baru ada mengongsikan videonya yang sedang melakukan workout di tempat kediaman beliau.

Tapi yang kelakarnya, semasa Amar sedang melakukan workout, anaknya tiba-tiba muncul dan berjoget. Haihh, tergelak sakan Amar dengan telatah anak lelakinya itu.

Video ini walaubagaimanapun telah berjaya meraih tontonan sebanyak 48,571 dalam masa kurang daripada 1 hari. Mesti ramai yang tergelak besar ternampak gelagat lucu anak sulung Amar dan Amyra ni.

Namun yang menjadi perhatian netizen adalah apabila Amyra membalas caption video perkongsian Amar ini. Nampak sweet je sesi berbalas-balas komen kedua-dua pasangan suami isteri ni.

Banyak juga warganet yang terhibur dengan gelagat Aqeef Anaqi ni. Lucu benar gaya kamu ni adik. Nasib baiklah ayah kamu tu tak terlepas besi yg sedang diangkatnya tu.

Amar sebelum ini pernah menerima teguran daripada para followersnya di akaun Instagramnya disebabkan oleh keputusannya yang membiarkan rambut Anaqi itu menjadi panjang.

Netizen ni kadang-kadang ikut sedap mulut je nak mengata tanpa mengetahui hal yang sebenar. Buat malu je kekadang. Sudah pasti kedua Amar dan Amyra mempunyai alasan tersendiri mengenai perkara tersebut.

Kemunculan Anaqi dalam video perkongsian ini walaubagaimanapun jelas menunjukkan rambut Anaqi sudah dipotong menjadi lebih pendek. Ah, tak kisahlah Amar. Anaqi ni rambut panjang ke pendek, tetap comel je min nampak. Jangan dihirau sangat kata-kata netizen tu.

Kadang-kadang, komen netizen ni ada yang boleh dipakai tapi ada juga yang langsung tidak boleh diaplikasikan dalam kehidupan. Pandailah Amar dan Amyra menilai bak kata pepatah “ambil yang jernih, buang yang keruh”. Ahh, gitu. Semoga berbahagia disisi keluarga tercinta, ya Amar.

Sumber: Instagram Amar Baharin

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!