“Sayalah ayah kpd anak2 kita nanti eh” – Khai Bahar

Kamu perasan tak orang yang suka pada kucing ni selalunya orang yang penyayang? Lihat saja pada perwatakan seseorang yang suka dengan kucing, banyak sisi menarik personaliti mereka yang dapat kita tahu walaupun bukan 100%. Walaupun bukan semua fakta personaliti sebagai pencinta kucing ini adalah tepat, tapi tidak dapat dinafikan juga ada sesetengah fakta serta ciri-ciri yang memang berkenaan dalam diri si pencinta meow.

Min ni bukanlah nak angkat bakul, tapi min ni juga adalah seorang pencinta kucing yang tegar. Dan apabila min terbaca perkongsian artikel mengenai ciri-ciri personaliti seseorang yang pencinta kucing, ada juga beberapa fakta yang memang benar wujud dalam diri min. Anda pula bagaimana?

Memang tidak dapat dinafikan bahawa individu yang suka dengan kehadiran si bulus dalam kehidupan mereka ni selalunya seseorang yang berperwatakan menarik. Lihat saja pada penyanyi terkenal yang tampan, Khai Bahar.

Kamu dah nampak ke gambar perkongsian Khai baru-baru ni menerusi akaun Instagramnya? Nampak gayanya, Khai ni ada ciri-ciri suami yang penyayang dan sensitif. Min cakap je apa yang dapat dinilai dari luaran. Untunglah dengan bakal isteri Khai ni. Kihkihkih.

Lembut sungguh tangan Khai membelai kucing kesayangannya ni kan? Tengok sahaja aksi comel Khai dengan kucingnya pada gambar yang terakhir, comel je tengok kan. Hati tu dah cukup tertarik ke? Kahkahkah.

Memang kalau dah sayang, sanggup je berbelanja mahal dengan kucing peliharaan kita. Nak vksin pun wajib, takut si bulus dijangkiti penyaakit. Gembira sungguh Khai bersama dengan kucingnya ni. Sempat juga Khai meletakkan caption yang cukup membuatkan para netizen tertanya-tanya.

Banyak netizen yang mula bertanyakan status Khai dalam postingannya ini. Sempat juga para peminat Khai berseloroh sekiranya Khai dah nak menamatkan status bujangnya, jgn lupa untuk memberitahu mereka agar mereka dapat menyediakan mental.

Tarik nafas tu dalam dalam kak. Khai disini belum cakap apa-apa pun pasal nak berkahwin. Akak ni dah macam watak ibu ibu dalam drama yang enggan melepaskan anaknya pula. Haha.

Khai bela kucing ni sebenarnya sebab dia rasa sunyi tinggal sorang-sorang kat rumah. Jadi dia inginkan peneman maka kucing menjadi pilihan hatinya. Tapi itu kisah 2019.

Mana tahu mungkin Khai dah bersedia, kan? Ujarnya, dia tahu dia sentiasa sibuk disebabkan oleh kerja hakiki tapi itu semua dia tak kisah jika dia dapat memelihara seekor kucing.

Baru-baru, penyanyi ini sedang hangat diperkatakan di media sosial kerana Ajai akan berkolaborasi dengannya dalam mencipta single terbaru Khai. Khai juga turut mengatakan bahawa dia sendiri tak sabar nak dengar single barunya ini berkumandang di siaran televisyen dan juga radio.

Semoga Khai berjaya dalam kerjaya dan juga dalam soal jodoh. Memang untung sesiapa yang dapat mendampingi pemuda tampan serta berbakat ini. Jika dengan kucing pun Khai dah menyayangi dengan sepenuh hati, apatah lagi dengan bakal isterinya kan.

Sumber: Instagram Khai

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!