“Laa ingat berendam air teh bunga tadi” – Netizen

Mandi air herba atau detoks dan seumpamanya ada kalanya memang boleh menyihatkan dan menyegarkan. Ramai sanggup berhabisan bagi mendapatkan perkhidmatan servis dan bahan sedemikian. Begitupun, biarpun berhabis ratusan ringgit bagi menginap di sebuah hotel, percuma saja pelakon sensasi ini mendapat ‘percuma air herba’. Bukan air itu membuatkan rambutnya menjadi ‘karat’, kerana dia sendiri tak sanggup digunakan oleh Zarina Anjoulie. Lihat sahaj4lah perkongsian Zarina atau mesra digelar Anju dalam hantarannya ini.

Rasanya bukan sahaja Anju, sesiapa saja pasti ragu-ragu untuk menggunakan air yang mempunyai kelainan warna, tambahan di sebuah hotel yang jarang didiami. Misteri juga, dari mana datangnya keruh air di tab mandi itu ya..

Paling dikhuatiri jika tetap juga digunakan, apatah lagi kalau berendam di dalamnya datang pula penyaakit lain seperti kegatalan kulit. Itulah antara kebanyakan komen di perkongsian hantaran Anju itu. Hishh terbayang seram pulak nak mandi air macam tu.

Mencoret di kapsyen hantarannya itu, kata Anju dia membayar agak mahal iaitu hampir RM900 satu malam untuk menginap di situ, namun terpaksa mengadap air yang berkeladak. Lebih menghampakannya apabila selepas aduan, dia disarankan reda saja.

Adehla… Ada ke patut? Dalam pada itu ada yang berkongsi pernah juga melalui situasi yang sama seperti hotel didiami Anju di ibu negara itu. Benarlah, boleh hil4ng mood dibuatnya apatah lagi bila dah rabak ‘melabur’ di situ, bahkan tak dapat pula compensation.

“Udah mcm ayor kncing”, “Bilik 50/day pun lagi jernih dari air ni”, “Pergh boleh berkurap badan kalau berendam”, “Mereka tak pasang water filter ke utk whole hotel ni”, “Aiyo I klu air camni nak gosok gigi kumur2 tpaksa guna air mineral je la”. Itu antara komen netizen.

Anju atau nama sebenarnya Zarina Anjoulie Lavocah Mohd. Fahizul, 35 merupakan seorang pelakon dan model. Selepas beberapa tahun kemunculan dalam dunia hiburan, dia pernah menghiilangkan diri daripada media dan peminat sejurus berpindah ke Brunei.

Sudah kembali, kini Anju lebih aktif berinteraksi dengan para pengikut di media sosial. Selain kehidupan peribadi, antara isu ‘menghangatkannya’ dirinya baru-baru ini bila perlu membayar denda RM4,000 selepas mengaku salah atas dakwaan memasukkan d4dh ke dalam badan pada Jun tahun lalu.

Panas juga sebelumnya apabila Anju terus terang membuat perkongsian untuk melakukan prosedur sedut lemak dan mengakui keputusan itu diambil untuk kebaikan dirinya sebagai individu dalam menjaga bentuk badan dan kesihatan.

Terdahulu, isv rumah tangga ibu tunggal anak seorang ini juga sensasi dek dirinya mendakwa dic3raikan melalui laman media sosial. Apa pun semoga semuanya yang baik-baik saja buat Anju. Kadang apa terjadi ada hikmahnya bukan saja dia, tapi untuk iktibar kita semua.

Sumber : IG Zarina Anjoulie

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!