“Uish mcm ghimau tgh gelanggang”- Netizen

Sememangnya peminat drama dan filem Melayu pasti sudah mengenali nama Nazim Othman. Siapa saja tak kenal pelakon dan model yang kacak bergaya ni kan, bak kata netizen seperti Oppa Malaysia. Helok je orangnya. Tak payah samakan dengan oppa pun takpa, Nazim tetap kacak dengan caranya yang tersendiri. Bak kata mat saleh ‘ just be yourself”.

Baru-baru ini Nazim ada memuat naik videonya yang berada dalam bilik persediaan sedang mempersiapkan diri bagi acara fashion show. Yang ala ala cat walk tu. Video tersebut membuatkan para netizen tak senang duduk melihat ketampanan jejaka yang bernama Nazim Othman itu.

Selepas memperagakan baju yang sudah direka bagi acara fashion show, saat melakukan cat walk, fuh time tu memang tak berkelip mata peminat-peminat tengok Nazim Othman, terlampau segak kacak bergaya. Sempat pula beliau tersengih sewaktu cat walk tu.

Jejaka yang sudahpun berusia 37 tahun itu tak menang tangan menguruskan jobnya yang tak habis-habis. Walaupun masih ramai pelakon dan model baru, Nazim tetap tak nak kalah. Yelah, kalau buat kerja dengan bagus, memang banyak lah dapat job.

Jejaka yang dikatakan seperti Lee Min Ho Malaysia ini juga seringkali memuat naik video beliau memperagakan baju-baju yang berjenama, yelah dah nama pun model kan, tak lari dari mempromosikan baju-baju berjenama.

Antara komen netizen ialah “Talk, dark and handsome, goes to our only capten Nazim Othman”,”Macam style Lucifer, lagu onnz”, “Idaman ramai wanita” “Lee Min Ho Malaysia”dan sebagainya. Ramai ya yang tak terpikat dengan ketampanan beliau dalam video tersebut.

Nazim ada juga memaklumkan lagi jika beliau bakal mengeluarkan drama atau filem terbarunya dalam masa terdekat. Tapi tidak diberitahu tarikh dan bulan sebenar movie dan drama tersebut bakal ditayangkan.

Beliau hanya memuat naik video sewaktu pengambaran je. Mana tahu, esok lusa bakal dimaklumkan. Yang paling latest berjudul “Kuasa” di Astro Citra.

Drama tersebut mendapat sambutan yang agak memberangsangkan pada awal-awal tayangnnya. Ramai yang memuji gandingan pelakon dalam drama tersebut.

Biasa tengok Nazim jadi boss menguruskan syarikat je kan, tapi dalam drama tersebut ada sedikit kelainan. Bagi yang pernah tengok, pasti teruja dengan kelainan pada drama tersebut.

Sememangnya ketampanan Nazim Othman tidak dapat disangkal lagi, jejaka pujaan ramai wanita. Kalau nak tengok lagi update harian Nazim, bolehlah ke laman Instagram beliau. Jangan tak senang duduk pula.

Sumber : Ig Nazimothman

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!