“Buat jela kuah rendang tidak berayam” – Diana Danielle

Seluruh rakyat Malaysia telah dikejutkan dengan pengumuman hari raya Aidilfitri yang disambut pada 2 Mei. Jarang sekali perkara sebegini berlaku dan nampaknya tahun ini ramai yang beraya last minit hehe. Masing-masing dah mula paanik apabila persiapan raya belum selesai sepenuhnya. Tidak terkecuali, pelakon dan penyanyi Janna Nick pun dah panik bila dapat tahu raya bermula 2 Mei.

Bila dah last minit, memang kelam kabut semuanya kan.. Jangan kata Janna Nick je, semua orang pun mungkin melalui pengalaman yang sama macam Janna.

Apabila Janna yang baru nak beli ayam untuk juadah hari raya, akhirnya terpaksa redha kerana ayam pun dah habis. Macam mana lah Janna nak masak tu..

Video yang dikongsi Janna sebentar tadi telah menerima perhatian daripada rakan-rakan artis dan netizen. Laman sosial media pun dipenuhi dengan posting berkenaan raya last minit untuk tahun ini.

Video Janna menunjukkan beliau sedang mencari ayam untuk membuat rendang sebagai juadah hari raya. Namun ketiadaan ayam membuatkan Janna sendiri buntu.

Netizen tidak ketinggalan, mengusik Janna di ruangan komen. Mereka juga turut memberi komen meluahkan perasaan terkejut apabila raya pada 2 Mei.

Diana danielle pun tidak terkecuali mengusik Janna dengan memberi komen “buatlah kuah rendang tidak berayam”.

Kebiasaannya haiwan seperti ayam dan daging menjadi pilihan ramai untuk membuat juadah raya seperti rendang. Bila tahun ini dah boleh beraya, memang sakan raya semuanya sampai habis barang-barang basah. Kan?

Sementara itu, video Janna telah ditonton sehingga mencecah 173,000 tontonan dan 100 komen.

Nampaknya kena cari idea lain untuk buat rendang raya ni. Rendang sayur boleh tak? Hehehe macam unik pun ada, tapi apa salahnya kan hehehe…

Sumber: Instagram Jannanick

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!