“Kami yang tengok ni gelak”- Netizen

Setiap kali hampirnya musim perayaan seperti hari raya aidilfitri, ramai selebriti akan berkongsi foto bersama keluarga mereka di laman sosial media. Memang sudah menjadi kewajipan bagi mereka yang bergelar selebriti untuk berkongsi foto beserta kapayen Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin khas buat peminat mereka. Termasuklah pelakon Norreen Iman dan beliau juga ada berkongsi video di sebalik tabir bergambar bersama keluarga. Riuh Norreen dan keluarga kecilnya, memang sporting habis.

Norreen terkenal dengan sikap lucunya yang begitu spontan dan sentiasa menghiburkan peminat-peminatnya. Dahulunya beliau popular dengan video-video lawak spontannya.

Kini, Norreen telah bergelar pelakon selepas dirisik ramai pihak produksi untuk drama tv. Lakonan Norreen pun memang tak mengecewakan, jadi pilihan ramai penonton tau.

Sementara itu, Norreen telah memuatnaik videonya bersama suami dan anak-anak sehingga menarik perhatian netizen.

Rata-rata netizen terhibur melihat gelagat Norreen dengan anak-anaknya. Menghiburkan betul bila tengok gelagat anak-beranak ni…

Video Norreen juga telah menerima 104,000 tontonan dan komen daripada netizen. Malah baju raya anak perempuan Norreen yang bernama Ellen menerima pujian daripada netizen. Serba merah Ellen ya..

Nampaknya tema Norreen sekeluarga macam warna merah je untuk raya tahun ni, opss hehe..

Sementara itu, Norreen sering berkongsi video bersama suami dan anak-anak sehingga menerima tontonan yang tinggi daripada netizen.

Memang best bila tengok norreen dengan keluarganya, semua sporting gila. Anak-anak Norreen pun layan je ibu dia yang lawak ini..

Norreen ini memang tak sah kalau tak lawak. Video Norreen pun tak pernah bisan, mesti gelak bila tengok Norreen buat ‘hal’ nanti hehehe…

Sumber: Instagram norreen143

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!