“Lofa pakai lawa je, kalau aku pakai dh mcm selubung selimut” – Netizen

Sehingga kini, pasangan popular PU Riz dan Neelofa masih belum berkongsikan wajah anak mereka kepada umum sehingga membuatkan orang ramai ternanti- nantikan perkongsian gambar Muhammad Bilal di media sosial PU Riz dan Neelofa. Untuk pengetahuan, Muhammad Bilal kini sudahpun berusia 3 bulan dan di khabarkan telah mendapat tawaran menjadi duta sebuah produk.

Syukur rezeki Bilal, meskipun baru berusia 3 bulan dan tidak mendedahkan wajah namun rezeki tidak pernah salah alamat.

Mengimbau kembali detik sebelum melahirkan Muhammad Bilal sebelum ini, Neelofa berkata dirinya tidak dapat membezakan saakit kontraksi dengan senggugut kerana kesaakitan yang dirasai hampir sama.

Pemilik nama Noor Neelofa Mohd Noor itu juga memberitahu dirinya yang masih tidak percaya akan bersalin biarpun sudah dimasukkan ke ‘labour room’.

Namun begitu, pelakon drama Suri Hati Mr. Pilot bersyukur kerana dikurniakan suami yang bertanggungjawab yang setia menemaninya.

Setelah melahirkan Muhammad Bilal, Neelofa menjalani proses berpantang di rumah ibunya, Datin Noor Kartini Noor Mohamed.

Bercerita lanjut mengenai pemilihan nama buat anak mereka, pasangan itu mendedahkan bahawa makna nama Muhammad Bilal itu cukup istimewa kerana Muhammad merupakan nama Nabi kita yang membawa maksud ‘yang terpuji’ dalam Bahasa Arab.

Manakala Bilal pula membawa maksud ‘bulan purnama’ dan ‘kemenangan’. Malahan nama Bilal sendiri merupakan nama seorang sahabat Nabi Muhammad yang juga merupakan muazin pertama dalam sejarah islam.

Kongsi PU Riz lagi, beliau dan Neelofa sepakat menggunakan panggilan Abah dan Umi. Keserhanaaan pasangan ini dalam menggunakan nama panggilan buat anak- anak menerima perhatian daripada para pengikut dan juga warganet yang merasa tertarik dengan panggilan yang digunakan oleh pasangan selebriti popular itu.

Warganet memuji panggilan yang digunakan oleh pasangan selebriti popular itu sebagai Umi dan Abah meskipun kebanyakkan para pasangan artis popular yang lain menggunakan panggilan Mummy dan Daddy kerana mahu seiring mengikuti peredaran zaman dengan menggunakan panggilan yang lebih moden.

Jika dahulu, Neelofa sering menerima perhatian ramai kerana fesyen- fesyen yang digayakan beliau sering di anggap pelik, namun kini setelah berkahwin dan membuat keputusan memakai niqab, selebriti berkenaan lebih selesa memilih pakaian yang longgar dan menutup aurat seiring dengan penampilan terkini beliau.

Meskipun dengan imej muuslimah, Neelofa masih tampil bergaya apabila sering mengenakan pakaian unik dan tidak menjadikan imej berniqab sebagai halangan.

Menerusi Instagram beliau, beliau telah memuatnaik satu video ketika beliau sedang menghadiri acara yang di anjurkan oleh syarikatnya sendiri. Di dalam video berkenaan, Neelofa di lihat memakai baju serba putih dengan perincian rambu ramba di bahagian lengannya.

Baju yang di gayakan oleh beliau di majlis tersebut berjaya menarik perhatian para peminat yang turut memperkatakan mengenai baju berkenaan di ruangan komen.

Pelbagai pujian yang di berikan oleh para peminat terhadap pakaian Neelofa itu. Ada yang menyamakan baju berkenaan seperti pakaian bidadari kerana berwarna serba putih. Ada juga yang memuji Neelofa yang pandai mengolah gaya meskipun beliau sudahpun berniqab.

Ternyata pemakaian niqab tidak menjadi batas buat seorang penggemar fesyen seperti Neelofa untuk terus bergaya. Berikut dikongsikan pula komen- komen netizen di ruangan komen perkongsian video Neelofa itu.

Sementara itu, di dalam video berkenaan juga kelihatan Neelofa bersama kakaknya Noor Nabila juga sedang beramah mesra bersama para kakitangan sambil mengagihkan duit raya kepada kakitangan mereka.

Neelofa juga tidak kekok melayani kakitangan beliau yang mahu bergambar dan merakamkan video kenangan bersama beliau semasa di majlis tersebut. Alhamdulillah bertuah betul kakitangan syarikat Neelofa ya kerana mendapat seorang bos yang baik dan terkenal macam Neelofa.

Sumber: ig Neelofa

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!