“Bagi nama Mohd Alvida” – Netizen

Sejak hujung tahun lalu meluahkan hasrat hendak mengambil anak angkat, akhirnya niat murni bekas pembantu peribadi usahawan sensasi, Datuk Seri Vida ini tercapai beberapa hari lalu. Biarpun masih bujang, daripada perkongsian di media sosialnya, ramai yang turut tumpang gembira dengan usaha Ahmad Iqbal Zulkefli yang gigih mahu memegang tanggungjawab sebagai seorang bapa. Moga lebih ramai anak memerluk4n akan lebih terbela kehidupannya apabila dapat bertemu individu mempunyai lebih rezeki seperti Iqbal ini. Moga ada tuah buat anak ini berbapa angkatkan Iqbal.

Baru berusia tujuh hari, kata Iqbal bayi lelaki itu akan dijaganya dengan memandikan, disusukan dan tidur bersama dia sendiri. Bagus niat Iqbal kan… Ada niat jaga sendiri si kecil itu tanpa mengharapkan pengasuh.

Terdahulu Iqbal yang memanjatkan kesyukuran dapat menjaga bayi itu, turut bertanya di hantaran IGnya akan nama sesuai untuk diberikan kepada anak angkatnya yang belum diberikan nama. Tak kurang ramai yang mencadangkan nama yang molek-molek.

Dalam pada itu, Iqbal turut meluahkan sesekali dia akan membawa anak itu menjengah dan dijaga ibunya. Dia turut berharap anak itu dapat membesar dengan baik. Lebih mengagumkan, Iqbal meminta didoakan agar mendapat lebih ramai anak.

Tak pasti maksudnya hendak lebih ramai anak angkat atau anak zuriat sendiri seperti diluahkannya, apa pun niat baik mudah-mudahan dipermudahkan olehNya. Jika diikutkan bukan menjaga seorang anak, apalagi ramai. Besar sungguh hasrat Iqbal.

“MasyaAllah moga dipermudahkan menjaga dan mendidik, moga menjadi anak yang soleh, merendahkan diri dan berjaya dunia akhirat”, “MasyaAllah, best yaa abg. May Allah bless. Tak sabar nk tgk”, “Betul ke ni ambil anak angkat. Apapun tahniah”. Itu antara komen netizen.

Ramai juga yang mencadangkan nama dan memberikan tip menjaga baby. Melihat usia si kecil yang baharu beberapa hari, ramai yang tak kurang berpesan kepada Iqbal agar tidak acap membawa anak itu terlalu kerap ‘berjalan’ di luar.

Ya lah… Musim virvs ni pun, walaupun sudah berkurangan namun masih belum pulih sepenuhnya. Tentulah ramai risau sebab anak kecil belum berapa kuat antibodinya. Ada juga berpesan agar bayi itu terus diberikan susu ibu.

Selain Iqbal, ada beberapa lagi selebriti bujang yang mengambil anak angkat seperti penyanyi, Hael Husaini; pereka fesyen, Rizalman Ibrahim dan pengarah, Michael Ang. Mereka juga berjaya buktikan boleh menjaga anak angkat dengan baik.

Selamat juga buat Iqbal dan moga dipermudahkan segalanya. Iqbal menjadi bualan hangat di kalangan warga maya selepas mendakwa hubungan dengan DS Vida pernah melalui fasa bercinta malahan hampir bernikah beberapa tahun lalu. Dia pernah berkongsi, antara terapi dirinya apabila melihat anak kecil.

Sumber : IG Ahmad Iqbal Zulkefli

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!