“Sebak tgk Fazura layan mak cik yg dh lama minat dia” – Netizen

Pasangan pelakon Fazura dan Fattah Amin merupakan pasangan selebriti yang sangat popular di Malaysia. Pasangan sama cantik sama padan ini bertemu jodoh setelah berlakon bersama di dalam sebuah drama arahan Michael Ang iaitu Hero Seorang Cinderella. Selain daripada berlakon, nama Fazura sangat sinonim dengan beberapa iklan komersial dan sering menjadi jurucakap beberapa jenama terkenal seperti Pantene, Nutox dan juga Lux.

Pasangan ini juga cukup disayangi dan sering menjadi idola kepada peminat. Rutin kehidupan pasangan ini juga telah berubah selepas menimang cahaya mata pertama mereka iaitu Nur Fatima Aisya pada 2 Oktober 2020.

Nur Fazura sememangnya dikenali satu Malaysia dan amatlah disayangi oleh peminat kerana sikapnya yang jelas ternyata amatlah baik serta humble. Memiliki suami penyayang dan mempunyai kerjaya seni yang cukup berjaya dan kini telah mempunyai perniagaan yang semakin stabil membuatkan kehidupan Aktres Terbaik Festival Filem Malaysia Ke-27 itu hampir sempurna.

Jarang-jarang kita dengari cerita negatif tentang sikap pelakon ini melalui peminat ataupun orang luar, malah ramai yang memuji personaliti beliau yang sering bersikap positif dan baik hati dengan para peminat.

Penampilan Fazura juga semakin jelita sejak beliau mengenakan hijab, malahan beliau juga telah melancarkan jenama tudung di bawah label beliau sendiri iaitu Tudung Fazura.

Sambutan yang diterima daripada orang ramai juga sangat menggalakkan sehingga tudung tersebut sering terjual kesemuanya dalam tempoh yang amat singkat.

Sebagai pasangan selebriti yang dikenali ramai, apa juga perkongsian mereka di media sosial akan menjadi tumpuan dan perhatian orang ramai.  Sempena pelancaran tudung baharu edisi Syawal baru- baru ini Fazura telah melancarkan roud tour untuk bertemu para peminat.

Baru-baru ini tular satu video yang di kongsikan oleh stokis tudung fazura di Instagram yang memaparkan kemesraan Fazura melayan seorang peminat yang sudah lama meminati dirinya di sebuah majlis perjumpaan peminat dan Fazura.

Kemesraan dan kerendahan hati Fazura semasa melayan peminatnya yang difahamkan merupakan seorang wanita sekitar umur 50-an itu telah mendapat perhatian ramai hinggakan tular di media sosial.

Jika dilihat dalam video berkenaan, Fazura sama sekali tidak kekok untuk menciium pipi serta memeluk wanita berumur itu dengan penuh rasa gembira. Fazura juga kelihatan terharu kerana mempunyai peminat yang sentiasa menyokong dirinya.

Perkara tersebut turut di akui oleh anak kepada makcik tersebut yang turut memberitahu secara ringkas bahawa Fazura sememangnya seorang selebriti yang tidak sooombong serta sentiasa melayan para peminat dengan baik dan sopan.

Rata-rata netizen lain pula turut menyokong sikap rendah diri selebriti pujaan mereka itu malahan memberi komen positif dengan mengatakan pelakon Manisnya Cinta Di Cappadocia tersebut sememangnya seorang calon menantu idaman. Berikut dikongsikan komen-komen para netizen.

Ramai yang gembira melihat dirinya kini sentiasa bahagia setelah bersama suami iaitu Fattah Amin dan anak perempuan mereka, Fatima. Setelah berkahwin dan bergelar seorang ibu, penampilan Fazura kelihatan semakin sopan dan sering berkongsi gambar beliau menutup aurat membuatkan para peminat semakin gembira dengan penampilan baru beliau itu.

Perubahan penampilan pelakon jelita itu semakin positif dan membuatkan para peminat lebih menyenangi usaha serta sikap beliau dalam memperbaiki dirinya.

Fazura juga memaklumkan bahawa beliau akan kembali membintangi sebuah drama bersiri yang berkonsepkan Islamik selepas sambutan Hari Raya tahun ini.

Beliau juga mengakui beliau tidak mahu lagi memegang watak wanita yang merebut lelaki serta mempunyai jalan cerita seakan cinta tiga segi. Kongsi fazura lagi, beliau tidak suka untuk membuat sesuatu perkara yang tiada manfaat meskipun pelakon filem Piiisau Cuukur itu menyedari ramai penonton yang suka jalan cerita sebegitu sebab ia sangat ringan.

Namun pada pendapat beliau pula yang sudah sering memegang watak sedemikan, dirinya tidak mahu lagi untuk membawa watak yang sama. Fazura berkata, tawaran untuk berlakon di dalam drama islamik itu sangat menambat hati beliau. Drama yang membawa konsep Islamik itu sangat memartabatkan figura wanita.

Penggambaran bakal di mulakan selepas raya. Beliau berkata, ianya merupakan hadiah buat para peminat yang sekian lama merindui drama lakonan beliau.

Sumber: ig stokis tudung fazura shah alam

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu.  Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!