“Malu malu je nak pelok walaupun dah sah” – Netizen

Tanggal 19 November yang lalu penyaksikan penyatuan dua hati antara penyanyi dan komposer terkenal Haqiem Rusli dan pasangannya iaitu Anis Sofia. Penyanyi berkenaan yang selama ini cukup berahsia mengenai hubungan percintaan beliau akhirnya mengambil keputusan untuk menamatkan zaman bujang pada usia yang cukup muda. Wanita bertuah yang dikenali sebagai Anis Sofea merupakan seorang gadis berusia 19 tahun kelahiran kelantan.

Para peminat mula mengenali Haqiem ketika beliau masih kecil apabila penyanyi berkenaan menyertai pertandingan Idola Kecil. Beliau kemudiannya menyertai pelbagai pertandingan nyanyian untuk menimba ilmu dan melebarkan kerjaya seninya. Tuah akhirnya menyebelahi beliau apabila lagu beliau yang berjudul Segalanya mendapat tempat di hati para peminat dan seterusnya beliau memenangi Anugerah Juara Lagu menerusi lagu Tergantung Sepi.

Ramai netizen yang kagum dengan kejelitaan yang dimiliki oleh isteri Haqiem Rusli itu dan rata-ratanya berkata wajah Anis Sofea atau nama sebenar gadis tersebut Wan Anis Sofea persis usahawan dan model terkenal iaitu Hanis Zalikha. Tidak kurang juga yang menyamakan wajah beliau turut seiras penyanyi Elizabeth Tan.

Haqiem Rusli telah melangsungkan pernikahan pada 19 November bersama Anis Sofea atau nama sebenarnya Wan Anis Sofea Wan Zamzuri di sebuah majlis tertutup demi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) di Msjid Raja Haji Fi Sabilillah.

Haqiem sebelum itu telah mendedahkan tarikh pernikahan beliau semasa menerima Anugerah Penyanyi Lelaki Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian pada 13 November yang lalu.

Haqiem atau nama sebenar beliau, Ridzuan Haqiem Rusli dan pasangannya telah selamat di satukan dengan dua kali lafaz. Penyanyi berkenaan telah menyerahkan wang hantaran bernilai RM100,000 dan mas kahwin sebanyak RM300 kepada pihak pengantin perempuan.

Haqiem menerusi Instagram peribadi telah berkongsi sekeping gambar wajah isteri beliau buat tatapan para peminatnya. Para peminat dan rakan artis berkongsi rasa gembira dan teruja mereka di atas pernikahan Haqiem itu apabila turut membanjiri ucapan tahniah dan doa buat kedua- dua mempelai di entri tersebut.

Menerusi satu perkongsian di Instagram cerita artis Malaysia pula, Instagram yang dimiliki oleh peminat itu telah berkongsi satu video sesi fotografi antara Haqiem dan juga isteri beliau ketika majlis resepsi. Anis di minta untuk memeluk suami beliau dari belakang sementara Haqiem pula hanya tersenyum melihat isterinya itu diminta oleh jurugambar untuk membuat aksi sedemikian.

Bagaimanapun gelagat pasangan pengantin yang seakan malu- malu untuk beraksi di hadapan kamera demi menjayakan fotografi berkenaan menarik perhatian netizen.

Pasangan mempelai berkenaan mengambil keputusan untuk bernikah di usia yang cukup muda. Tidak hairanlah mereka berdua masih malu – malu untuk membuat gaya suami isteri di hadapan kamera.

Sementara itu pula, caption yang ditulis oleh admin Instagram tersebut juga menarik perhatian netizen apabila berkata Haqiem bakal bermimpi indah kerana bertuah memiliki isteri yang sangat jelita.

Ungkapan berkenaan menarik perhatian netizen apabila rata- rata netizen juga secara berseloroh membalas kembali caption yang ditulis oleh admin berkenaan di ruangan komen.

Terdahulu, perkenalan antara Haqiem Rusli dan isteri beliau itu khabarnya bermula terlebih dahulu sebagai rakan kongsi perniagaan sekitar dua tahun lalu apabila mereka berdua sepakat untuk membuka restoran ‘steam bot’.

Bagaimanapun, enggan menunggu lebih lama Penyanyi Lelaki Popular Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-34 akhirnya memutuskan untuk membawa hubungan rakan kongsi pernigaan itu kepada hubungan yang lebih serius apabila mengumumkan bakal menamatkan zaman bujang awal tahun ini.

Pengumuman Haqiem bahawa beliau bakal mendirikan rumah tangga itu dilakukan menerusi Instagram pada jam 2 pagi telah mengejutkan para peminat. Sekian lama mendiamkan diri mengenai calon dan tarikh pernikahan beliau, Haqiem akhirnya mengumumkan bakal bernikah pada 19 November.

Sumber: ig cerita artis malaysia

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!