“Sedap pula dia nyanyi tu, kena dgn tune” – Netizen

Siti Aafiyah yang kini telah berusia 3 tahun ternyata menjadi penawar dan penyeri dalam kehidupan penyanyi nombor satu negara iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza atau lebih mesra di panggil Tokti. Sebagai anak sulung kepada Tokti, Aafiyah merupakan seorang kanak-kanak yang sangat bijak dan petah berkata-kata. Tutur kata Aafiyah juga sangat lembut ternyata menunjukkan Aafiyah dibesarkan dengan baik oleh kedua ibu bapanya.

Ragam dan gelagat Aafiyah juga sentiasa mencuri tumpuan. Anak kepada penyanyi bersuara emas ini telahpun menginjak usia 3 tahun pada bulan Mac yang lalu. Tingkah laku Aafiyah yang semakin bijak amat dikagumi oleh para peminat Tokti. Ada sahaja gelagat yang mencuit hati telah dikongsikan oleh Tokti sendiri antara beliau dan Aafiyah di Instagram sebelum ini.

Nama Siti Aafiyah membawa maksud perlindungan Allah bagi hambaNya daripada pelbagai penyaakit dan bencana. Tokti mengilhamkan nama Siti Aafiyah di Mekah semasa menunaikan umrah beberapa tahun lepas. Aafiyah amat bertuah dilahirkan di dalam sebuah keluarga yang dilimpahi kasih sayang.

Panggilan penuh kasih sayang oleh ibundanya iaitu “Aafiyah anak ibu” juga seolah terngiang-ngiang kedengaran. Ajaibnya panggilan Tokti buat anakandanya itu mudah benar melekat dihati kita semua.

Ramai juga yang berkata bahawa semakin membesar, wajah Aafiyah sudah hampir seiras dengan wajah ibunya ketika zaman muda. Malahan hal tersebut juga turut di akui sendiri oleh Tokti apabila pernah berkongsi satu video beliau secara berseloroh memanggil anaknya itu “Hai Siti Nurhaliza kecik” sekaligus mengakui bahawa wajah anaknya itu seiras benar dengan wajah dirinya sendiri.

Bak kata pepatah, kemana tumpahnya kuah kalau bukan ke nasi. Begitulah yang boleh di ibaratkan mengenai bakat semulajadi yang dimiliki oleh anak kepada penyanyi nombor 1 negara ini iaitu Siti Aafiyah. Mana tidaknya, perkongsian terkini Tokti menerusi Instagram beliau yang memaparkan buah hati sulungnya itu sedang menyanyi ketika mengikuti kelas piano menarik perhatian para peminat.

Kongsi Tokti lagi menerusi ruangan caption di video berkenaan, gelagat anaknya itu menyanyi dan meminta guru pianonya memainkan beberapa buah lagu kesukaannya sudah seperti konsertnya sendiri pula. Bahkan Tokti juga mengucapkan terima kasih kepada guru piano Aafiyah yang dikenali sebagai Teacher Illi kerana amat sabar dalam mengajar dan melayani kerenah anak muridnya itu. Antara lagu yang diminta oleh Aafiyah adalah lagu Burung Kakak Tua selain sebelum itu menyanyikan lagu ABC.

Bakat besar yang dimiliki oleh Aafiyah amat menyerlah walaupun masih lagi di usia kanak- kanak. Menerusi video yang ditunjukkan Kebolehan Aafiyah menyanyi mengikuti nada dan tempo yang betul amat mengagumkan para netizen.

Siapa yang tidak kagum, hanya pada usianya 3 tahun, Aafiyah sudah pandai mengikuti tempo muzik yang dimainkan dengan betul. Berikut dikongsikan komen- komen para netizen di ruangan komen terhadap bakat semulajadi yang dimiliki oleh kanak- kanak berkenaan.

Rata- rata netizen berkata berkemungkinan besar tingkah laku Aafiyah sekarang adalah tingkah laku Tokti ketika masih kecil dahulu. Untungnya Aafiyah sejak dari kecil sudah di dedahkan dengan pengetahuan mengenai muzik daripada ibundanya sendiri.

Seolah- olah setiap hari adalah kelas vocal buat diri Aafiyah bilamana mempunyai seorang ibu yang merupakan seorang penyanyi.

“Aafiyah x pyh msk kelas vokal..hari2 duk nge ibu mesti dh belajar. Untung. Rasanya Aafiyah belum mengerti ibunya penghibur No.1 Malaysia. Dia hanya tahu ibunya Dato Siti Nurhaliza” – Netizen

Walaupun memperoleh Aafiyah di usia agak lambat namun Tokti berazam untuk menjadi seorang ibu yang mampu memberikan ilmu dan didikan agama yang secukupnya buat Aafiyah. Beliau juga berhasrat untuk memantapkan ilmu keibubapaan bagi memberikan yang terbaik buat Aafiyah.

Bakat besar yang dimiliki Aafiyah tidak mustahil membuatkan kanak- kanak itu bakal mengikuti jejak langkah ibunya menjadi satu nama besar dalam industry hiburan satu masa nanti. Manalah tahu giliran Aafiyah pula buat konsert di Istana Budaya suatu hari nanti kan.

Sumber: ig ctdk

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!