“Nikah pun pkai sepek mata ke” – Netizen

Sejak majlisnya Jumaat lalu, kisah pernikahan lelaki nan seorang ini masih menjadi buah mulut ramai netizen. Apa tidaknya, rupa-rupanya tak kurang ramai yang ‘tidak berpuas hati’ dengan rakaman momen majlis pernikahan Haqiem Rusli dan pasangannya, Anis Sofea, 19. Ia kerana gara-gara Haqiem Rusli yang dikatakan asyik tak lekang mengenakan cermin mata hitam.

Barangkali ramai berharap pelantun popular dengan lagu Tergantung Sepi itu dapat mngalkan sementara habitnya yang gemar memakai kanta gelap. Pun demikian, tampaknya Haqiem tetap dengan ‘kawan baiknya’ di majlisnya itu.

Dalam banyak-banyak video dan foto yang dirakam, Haqiem dilihat acap mengenakan cermin mata hitam. Itu agaknya bikin ramai tak puas apabila tidak dapat menatap anak matanya.

Hinggakan ada netizen di ruangan komen medsos yang mengusik nakal dengan menanyakan sama ada Haqiem ada masalah mata seperti silau atau masalah lain kerana memakai kaca mata hitam sepanjang masa.

Rupanya ramai peminatnya yang berharap Haqiem mngalkan sementara cermin mata gelapnya itu di hari bahagia beliau. Begitu pun, tak kurang yang back up dengan mengatakan gamaknya Haqiem berasa agak malu-malu.

https://www.instagram.com/p/CWc6z9-Fmnv/

Untuk info, setahun dua yang lalu, media pernah mengetengahkan tentang jawapan Haqiem apabila ditanya tentang ‘hobinya’ yang tidak dapat lari daripada kerap mengenakan cermin mata gelap.

Jelas penyanyi popular yang berusia 24 tahun itu, dengan memakainya, itu dapat meningkatkan keyakinan dirinya dan apabila serasi, ia menjadi trademark beliau sehinggalah sekarang.

Dalam penjelasan tersebut sekali gus menyebabkan Haqiem menafikan desas desus mengatakan kononnya beliau seorang yang smbong dan tampak ‘pl4yb0y’ dengan gaya sedemikian.

Jika membuat carian ‘image’ di alam maya, tidak dinafikan ketrampilan Haqiem sememangnya sinonim dengan gaya ber’spek hitam. Tidak hairanlah gaya sama dibawa semasa majlis perkahwinannya. Apa pun didoakan moga Haqiem selamat melayari bahtera rumahtangga dengan pasangannya, Wan Anis Sofea Wan Zamzuri, 19.

Pasangan ini diijabkabulkan Jumaat lalu di Msjid Raja Haji Fi Sabilillah, Cyberjaya, tepat jam 3.40 petang. Dengan mas kahwin RM300 serta wang hantaran bernilai RM100,000, kos perkahwinan mereka dianggarkan bernilai RM7 juta.

Sumber : Ig Inaijari

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!