“Apabila mak mertua kau dtg mengejut” – Dato Aliff

Dalam rumah tangga, perlu ada sikap bertolenrasi dan bertolak ansur. Jika semua diberikan kerja rumah tangga kepada isteri, mungkin si suami akan lepas tangan dalam kerja-kerja rumah. Begitu juga sebaliknya. Jadi, tidak ada salahnya jika boleh bekerjasama dan menyelesaikan tugasan masing-masing.

Namun, apa yang ingin dimaklumkan ialah janganlah berpura-pura dalam rumahtangga. Hubungan tersebut mestilah dengan keikhlasan dan kejujuran, yang akan dipandang oleh mentua.

Memang bagus Dato dan Datin sekarang memberikan motivasi sekaligus mempromotekan barangan jualan mereka.

Setiap yang diperkongsikan di laman ig mereka sekarang lebih bermanfaat dan lebih selesa dilihat oleh netizen. Mereka disenangi pada saat ini, dan mereka lebih positif berbanding sebelum ini.

Yang mana sekarang ,peminat sentiasa menantikan lakonan hebat mereka meskipun tanpa satu pun dalog yang dikeluarkan.

https://www.instagram.com/p/CalvV_wgyjY/?utm_medium=copy_link

Kerja rumah dibuat suami, apabila mentua datang barulah isteri menunjukkan sikap baik kononnya. Itulah yang disampaikan daripada video tersebut. Dan ia sangat berguna serta ramai yang terasa seperti mereka saja.

Mereka sentiasa bersama susah dan senang dan tidak ada satu pasangan pun yang tidak mempunyai masalah bukan. Namun cara penyelesaian yang terbaik ialah duduk berbincang.

Komen-komen netizen menyukai lakonan-lakonan mereka termasuk sebelum ini. Inilah antara komen-komen mereka. Semuanya memuji dan menyokong Dato dan Datin.

Datin dan Dato memang sporting habis. Sentiasa memberikan yang terbaik dalam setiap perkongsian yang dikongsikan. Malah mereka juga sudah banyak memberikan peluang untuk sesiapa mencari pendapatan.

Sumber: ig aliffsyukriterlajaklaris

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!