“La tak menarik langsung, kenapa mereka pakai mcm baadut” – Dato Chef Wan

Selebriti masakan bersuara lantang iaitu Dato Chef Wan berkongsi pendapat peribadi beliau hari ini menerusi laman Instagram terhadap Upacara Pembukaan Sukan Olimpik Tokyo yang disiarkan secara langsung menerusi televisyen malam tadi. Menurut beliau, pakaian yang dipakai semasa acara perarakan oleh kontijen negara malam tadi kelihatan tidak menarik. Secara peribadinya Dato Chef Wan berkata corak geometri serta warna merah kuning kelihatan semak.

Manakala jahitan pakaian pula nampak tidak kemas. Dato Chef Wan juga berkata pakaian yang diinspirasikan oleh Laksamana Hang Tuah itu agak tidak kena sedangkan negara kita mempunyai banyak lagi budaya dan juga pakaian etnik lain yang boleh di tonjolkan.

Niat selebriti chef itu tidak lain dan tidak bukan hanyalah ingin membuka mata ramai pihak supaya mengetengah dan menyerlahkan lagi budaya-budaya lain di Malaysia dan tidak terhad kepada Hang Tuah sahaja. Difahamkan bahawa baju untuk kontijen negara kali ini telah direka oleh para pelajar Universiti Teknologi Mara daripada fakulti Art and Design.

Dato Chef Wan turut mencadangkan supaya di masa akan datang pereka berpengalaman akan mencadangkan rekaan kostum bagi para atlet dan perlu mendapat undian daripada rakyat Malaysia sendiri. Tambahan pula Acara Sukan Olimpik ini hanya berlangsung 5 tahun sekali oleh itu adalah sangat penting untuk menjaga imej negara.

Bagaimanapun kriitikan Dato Chef Wan itu mendapat reaksi yang berbeza daripada netizen. Ada sesetengah pengikut akaun Instagram Dato Chef Wan itu yang bersetuju dengan pandangan Dato Chef Wan yang merasakan pakaian kontijen negara boleh diperbaiki namun segelintir lagi merasakan pakaian tersebut sudah bersesuaian dan cantik digayakan oleh para atlet negara.

Sehingga kini hantaran Dato Chef Wan itu telah mendapat sebanyak 10,283 tanda suka dan 1050 komen daripada para pengikut instagram beliau. Pelbagai komen dan maklum balas yang telah ditinggalkan oleh netizen terhadap kritikan Dato Chef Wan itu.

Seperti juga Dato Chef Wan, netizen yang kurang menyukai pakaian tersebut turut merasakan bahawa adalah lebih baik sekiranya corak geometri pada pakaian kontijen negara digantikan dengan songket ataupun batik demi melambangkan keistimewaan budaya di Malaysia. Berikut dikongsikan komen-komen yang ditinggalkan oleh netizen.

“Kain bercorak tu menampakkan murah & tidak sesuai..baju plain tu je rasa dah ok..kita ada songket or batik napa la tak pakai” – Netizen

“Oklah Dato Chef Wan dari pakai tema Nasi Lemak itu lagi haru biru nanti… Ini hasil dari creativity Faculty Art and Design Uitm, kalau hendak tunggu dari Designer Malaysia terkenal sekadar pandang sebelah mata sahajalah yang di hairankan Malaysia Fashion Week semata-mata untuk melariskan perniagaan bukanlah tidak bagus. Bersyukurlah ada juga hasil dari Uitm Malaysia kita.” – Netizen

Walaupun beliau lantang mengkritik pakaian yang dipakai oleh para atlet negara, namun Dato Chef Wan berkata beliau tetap mendoakan yang terbaik buat para atlet negara.

Dato Chef Wan juga berharap para atlet yang telah berkorban dan berusaha dengan gigih untuk memberikan persembahan yang terbaik dalam pertandingan kali ini akan mengharumkan nama negara. InsyaAllah.

Sumber: ig chef wan

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!