“Excited giiler this my 1st university, Al maklum lah dulu kita belajar tak tinggi ” – Nabila Huda

Siapa kata tak berkesempatan menjejakkan kaki ke menara gading sebaik mngalkan alam persekolahan bermakna tiada lagi pintu terbuka untut menuntut ilmu di situ? Ramai sahaja mereka yang berjaya membuktikan biarpun sudah selesa bekerja dan beranak pinak tetap mampu untuk meneruskan pengajian meskipun umum tahu belajar di universiti bukanlah satu tugas mudah. Seseorang itu perlu memberikan sepenuhnya perhatian terhadap ilmu yang mahu ditimba dan menyiapkan tugasan diberikan pensyarah.

Bukan sahaja kita yang biasa-biasa, golongan artis dan selebriti juga ramai berjaya membuktikan mereka turut mampu menggenggam segulung ijazah, malah ada sehingga ke peringkat doktor falsafah atau PhD dalam kesibukan harian malah telah imun dalam bergelumang dunia glamour.

Sekadar menyebutkan beberapa nama, antara mereka berkenaan ialah penyanyi Dr Soo Wincci, Najwa Latif dan Wany Hasrita, pelakon, Mira Filzah, Nadzmi Adhwa, Asyraf Aley, Juliana Evans, Mawar Rashid dan ramai lagi… Bukan calang-calang mereka ni ya…

Seorang lagi artis berbakat yang tidak ketinggalan mahu menyambung pengajian hingga ke menara gading ialah anak kepada penyanyi rock terkenal tanah air, Amy Search iaitu Nabila Huda atau lebih negara dipanggil Abil ini. Beliau membuktikan masa yang ada terutama di musim cvd hingga terpaksa ‘diam’ di rumah tidak disia-siakan begitu sahaja.

Menjengah perkongsian statusnya di Instagram hari ini, Abil menyatakan keterujaannya dapat menyambung pengajian di menara gading terkemuka negara iaitu Universiti Malaya.

Ujar Abil, ‘tergeliat’ juga lidahnya hendak bercakap bahasa yang dipelajarinya dan menyifatkan agak susah belajar secara online seperti sedang dilakukannya dalam perkongsiannya di IG itu. Beliau mengakui wajarlah penuntut universiti stress. Apa pun dalam video itu Abil tampaknya masih ‘cool’.

Sememangnya pasti ramai antara kita yang membaca perkongsian ibu kepada Keisha Laila, 11, ini pun terinspirasi dengan semangat mahu belajar sesuatu yang baru biarpun boleh saja jika Abil mahu bersikap bersenang-lenang dalam keadaan peringkat selesa pencapaiannya pada masa sekarang.

Begitupun, pelakon hebat berbakat besar lahir pada 2 Disember 1984 ini memilih untuk tidak duduk diam, sebaliknya giat berusaha memenuhkan ilmu di dada dalam mendalami bidang bahasa asing, Itali hingga menarik perhatian netizen dan rakan-rakan artis dan selebriti lain.

Memetik laporan Kosmo, Abil berkongsi mesej yang diterima daripada Ketua Jabatan Bahasa Asia dan Eropah, Fakulti Bahasa dan Linguistik UM yang mengaluukannya untuk mengikuti kursus Bahasa Itali tahap satu dan dua di fakulti tersebut.

Beritahunya kepada akhbar itu, beliau telah merancang untuk mengikuti kursus Bahasa Itali di Fakulti Bahasa dan Linguistik di UM dengan kerjasama pihak Kedutaan Itali memandangkan Abil aktif membuat vlog ke negara tersebut selama tiga tahun berturut-turut sebelum pndmik cvd melanda seluruh dunia.

Katanya lagi, bukan ditawarkan mengikuti kursus Bahasa Itali, sebaliknya beliau sendiri telah merancang dengan kedutaan terbabit untuk mengikuti kursus bahasa di UM.

Rupa-rupanya, sudah tiga tahun berturut-turut Abil ke Itali bersama produksi Libero untuk melakukan penggambaran vlog dengan melawat beberapa tempat yang jarang diketahui di Itali.Tahniah Abil, Moga terus maju jaya…

Sumber : Ig Nabila Huda

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!