“Gambar 14 tahun lepas, masa ni malu2 kucing je sbb baru kahwin”- Datin Shahida

Alam bahtera perkahwinan sememangnya banyak kenangan manis dan pahit yang dilalui bersama. Memerima pasangan seadanya juga membuatkan sesebuah perkahwinan itu lebih bermakna. Lebih-lebih lagi jika usia perkahwinan yang sudah lama, pasti terkenang memori saat awal berkahwin dahulu. Bukan sahaja terkenang malah rindu dengan memori lama yang menjadi kenangan dalam hidup setiap pasangan suami isteri.

Menyingkap memori lama, usahawan terkenal produk Dherbs iaitu Datin Shahida berkongsi foto lama perkahwinannya bersama Datuk Alif Syukri. Foto 14 tahun lepas itu dimuatnaik oleh Datin Shahida di Instagram miliknya.

Sudah pasti Datin Shahida merindui zaman awal perkahwinannya bersama suami tercinta sehingga throwback gambar 14 tahun lalu. Kini, Datin Shahida dan Datuk Alif sudah memiliki 6 orang cahaya mata termasuk anak angkat mereka iaitu Aminah.

Siapa sangka, wajah Datin Shahida masih maintain cantik seperti 14 tahun dahulu. Datin Shahida sendiri akui, pada awal perkahwinan dirinya seorang yang pemalu.

Jika lihat pada gambar lama Datin Shahida dan Datuk Alif, masing-masing tampak berseri selepas berkahwin. Ramai netizen memuji wajah Datin Shahida yang dahulu dan tidak menafikan kecantikan semulajadi yang ada pada Datin Shahida sendiri.

Anak-anak banyak mewarisi kecantikan Datin Shahida dan Datuk Aliff. Semua cantik dan kacak sama seperti ibu bapa mereka.

Rata-rata netizen mngalkan komen dengan memuji wajah cantik semulajadi Datin Shahida 14 tahun lalu.

Malah ramai mendoakan agar perkahwinan Datin Shahida dan Datuk Aliff kekal hingga syurga serta bahagia bersama anak-anak.

Memang betul, cantik sangat Datin Shahida time dulu-dulu.. Walaupun dah 14 tahun berlalu, Datin Shahida maintain lawa je. Dan semakin lawa ye..

Sumber: Instagram Shahidadherbs

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!