“Saya kalau tgh d0wn, tgok video Kak Cat terus ceria”- Netizen

Lucu sekali, Itulah ungkapan pertama banyak netizen setiap kali melihat video Tiktok pelakon Catriona Brian Ross. Ada sahaja gaya tipikal orang Malaysia yang ditiru Catriona atau dikenali dengan Kak Cat ini dan sememangnya wujud dalam kalangan masyarakat kita. Pelbagai kerenah yang masyarakat Malaysia sentiasa lakukan yang kita sudah biasa lihat. Buktinya, segala sikap yang tipikal orang Malaysia selalu buat ada pada lakonan Kak Cat.

Sejak akhir-akhir ini, Kak Cat menjadi tumpuan netizen apabila video-videonya di Tiktok telah viral.

Segala gaya percakapannya membuatkan ramai netizen terhibur. Lebih lucu lagi apabila Kak Cat tiru gaya tipikal sikap ‘buruk’ sesetengah masyarakat Malaysia yang selalu berlaku di sekeliling kita.

Video Kak Cat berjaya memberi sedikit kesedaran kepada kita tentang sikap sebenar masyarakat Malaysia yang sedang berlaku di sekeliling kita.

Bukan hanya sekadar menyedarkan orang ramai malah membuatkan kita untuk tidak melakukan perangai yang sedemikian.

Kak Cat sekali lagi menjadi tumpuan apabila berkongsi video menunjukkan masalah masyarakat melayu yang sentiasa berfikiran negatif terhadap orang lain. Dan lebih memilih untuk menjadi negatif berbanding menjadi seorang yang positif.

Video Kak Cat telah meraih 105,000 tontonan dan pelbagai reaksi daripada netizen menerusi ruangan komen.

Rata-rata netizen terhibur dengan lakonan spontan Kak Cat yang meniru gaya masyarakat Malaysia yang sentiasa kita lihat.

Bagusnya Kak Cat sampaikan ‘masalah sebenar’ yang rakyat Malaysia selalu buat. Sekurang-kurangnya kita sedar dan tak nak buat kan.. Lakonan Kak Cat memang mantap.

Sumber: Instagram Catrionabrianross

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!