“Haha Zizan bawak lah bakal makan sana” – Netizen

Ramai selebriti Malaysia telah mula berkecimpung dalam dunia perniagaan. Dahulunya selebriti pelakon dan penyanyi hanya fokus pada bidang seni sahaja. Kini, ramai selebriti berlakon dan menyanyi sambil mengusahakan perniagaan mereka sendiri. Jika kita lihat, antara selebriti yang menjalankan bisnes termasuklah pelawak Achey. Achey sudah mula membuka restoran makanan western baru-baru ini.

Restoran Funny Boy yang terletak di Bukit Beruntung itu baru sahaja dibuka dan telah dipromosikan oleh rakannya sendiri iaitu Zizan Razak.

Zizan Razak menerusi Instagramnya berkongsi video mempromosikan restoran terbaru milik Achey.

Video itu juga menunjukkan Zizan sempat menemu ramah Achey dan mencuba beberapa menu popular di restoran tersebut.

Namun, ada beberapa netizen meluahkan perasaan kecewa apabila makanan yang dihidangkan di restoran tersebut tidak menepati citarasa mereka dan harga yang tidak berpatutan.

Mereka turut menegur di ruangan komen supaya Achey lebih memperbaiki makanan yang dijual.

Dalam pada itu, video Zizan telah ditonton sekitar 113,000 tontonan dan telah menerima pelbagai komen daripada netizen.

Ramai netizen berniat untuk mengunjungi restoran milik Achey selepas melihat Zizan mempromosikan restoran tersebut.

InsyaAllah mungkin Achey akan perbaiki lagi kesilapannya, baru nak mula berniaga kan.. Kena bagi peluang pada Achey..

Sumber: Instagram Zizanrazak

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!