“I think mmg btl dia saakit, byk kali Eina share gmbr dia kena w4rded but tak prnh crita saakit apa” – Netizen

Ketika rakyat di negara ini sedang menghadapi masalah apabila berulangkali cuba mendaftar v4k5in 4stra Zen3ca tetapi tidak membuahkan hasil sehingga pendaftaran untuk v4k5in berkenaan telah di tutup, pelakon Datin Eina Azman dikatakan telah mendapatkan v4k5in berkenaan di sebuah hspital di Ipoh, Perak. Menerusi perkongsian yang dimuatnaik oleh beliau di instagram, beliau dan suami telah pun selesai menerima v4k5in tersebut beberapa hari lalu.

Bagaimanapun perkongsian beliau itu telah menimbulkan rasa kurang senang dan tidak puas hati dalam kalangan masyarakat yang merasa tidak adil apabila selebriti tersebut telah menerima v4k5in terlebih dahulu tanpa melalui proses yang betul.

Netizen mendakwa mereka telah memotong barisan dan menjadi antara penerima awal v4k5in tersebut memandangkan orang lain masih perlu menempuhi proses pendaftaran v4k5in yang agak sukar.

Semalam pihak Hspital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) telah mengeluarkan kenyataan bahawa Eina Azman dan suami tidak memotong barisan malahan mereka telah dirujuk sendiri oleh dktor pakar yang meraawat masalah kesihatan yang dihadapi oleh mereka.

Pasangan berkenaan di masukkan sebagai penerima awal kerana mereka dikategorikan sebagai pesaakit yang berisiko tinggi.

Buat golongan individu yang menghidap dua atau lebih penyaakit yang tidak berkaitan secara serentak akan jatuh di bawah kategori individu yang berisiko tinggi kerana mereka bakal terdedah kepada banyak komplikasi jika dijangkiti C0v1d-19.

Ekoran daripada isu mengenai beliau yang hangat diperkatakan memotong barisan sebagai penerima v4k5in, Datin Eina telah tampil memohon maaf di instagramnya.

Beliau turut menjelaskan bahawa beliau menghadapi masalah kesihatan yang terlalu peribadi untuk dikongsikan kepada umum dan hanya keluarga sahaja mengetahuinya.

Menguatkan lagi dakwaan mengenai masalah kesihatan yang dihadapi beliau adalah apabila menjengah keruangan instagram Datin Eina Azman, jika dilihat daripada beberapa entri dan gambar yang dimuatnaik oleh beliau sekitar tahun lepas sahaja sudah terdapat 3 gambar yang menunjukkan beliau dimasukkan ke hspital atas faktor kesihatan iaitu sekitar bulan april, jun dan julai tahun lalu.

Menerusi beberapa komen yang ditulis oleh warga maya pula mereka juga mengesyaki bahawa Datin Eina Azman sememangnya menghadapi masalah kesihatan dan mula membuat spekulasi penyaakit yang dihadapinya kerana beberapa gambar yang dimuatnaik di instgram beliau tahun lalu. Berikut dikongsikan pendapat daripada netizen.

Buat warga maya yang kurang berpuas hati, seeloknya jangan membuat tuduhan melulu dan melepaskan amarah terhadap Datin Eina tanpa usul periksa.

Kita tidak mengetahui apa sebenarnya masalah kesihatan yang dihadapi oleh beliau dan berkemungkinan besar beliau tidak mahu berkongsi kepada umum kerana mempunyai alasan tersendiri. Harapnya orang ramai dapat bersabar menunggu giliran menerima v4k5in masing-masing.

Sumber : Instagram eina azman

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!