“Sedihnya dah berkhidmat lama tapi diberhentikan gitu je” – Netizen

Melodi antara program hiburan yang telah lama bersiaran sejak tahun 1993 dan memaparkan g0sip berkaitan artis yang popular disiarkan menerusi siaran TV3. Daripada Melodi juga, ramai penonton sentiasa mengetahui gosip terkini dalam industri hiburan dan sentiasa dinanti-nantikan oleh penonton seluruh Malaysia. Secara umumnya, program Melodi sentiasa bersiaran pada hari Ahad tepat pada jam 12 tengah hari.

Seperti yang kita ketahui, pengacara Melodi antara yang cukup berkualiti termasuklah pengacara Awal Ashaari. Awal Ashaari antara pengacara Melodi yang telah lama berkhidmat selama lapan tahun.

Dan siapa sangka, Awal Ashaari telah mengumumkan berita yang mengejutkan apabila dirinya terpaksa diberhentikan berikutan pihak stesyen mengambil keputusan untuk menggantikan pengacara yang sedia ada yang bernaung di bawah pengurusan Media Prima bermula Ogos 2021.

Awal menerusi posting di Instagramnya mendedahkan, tarikh 25 Julai merupakan tarikh terakhirnya bersiaran secara virtual dan merupakan rakaman terakhirnya bersama Janna di rumah masing-masing.

Awal diberikan dua minggu untuk menghabiskan dua episod terakhir sebelum Melodi menukar hos yang baru pada minggu ini dan ia adalah satu jangka masa yang cukup pendek buat dirinya.

Namun bagi Awal, dia menerima segala takdir dan percaya pada rezeki yan Allah sudah tetapkan. Awal juga turut berterima kasih buat rakan-rakan seperjuangannya dan juga penonton-penonton Melodi.

Berita sedih yang dikongsi Awal sudah semestinya telah mengejutkan ramai pihak antaranya rakan-rakan artis dan peminat-peminatnya yang sering mengikuti rancangan Melodi sejak Awal bersiaran bersama Melodi.

“Begitulah kehidupan.. Bila ada Awal pasti ada Akhir. Semoga ada rezeki buat Awal ye”- Netizen

“Terbaik Awal, u antara pengacara yang terbaik mengacarakan Melodi sebab jenis pandai kawal emosi dan buat banyak homework pasal rakan2 artis sendiri”- Netizen

Rata-rata peminat Awal memberikan kata-kata semangat buat Awal dan tidak kurangnya juga, ramai yang memuji bakat Awal yg semestinya pandai mengacarakan program Melodi sepanjang lapan tahun berkhidmat.

Buat Awal, semoga Awal akan dikurniakan rezeki yang lebih luas ye. Good luck Awal.

Sumber: Instaram Awalashaari

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!