“Kereta mahal, minyak habis jem jem” – Netizen

Insiden kehabisan minyak ketika membawa kereta jarang-jarang berlaku. Namun apabila sekali berlaku, memang haru-biru lah keadaannya. Lebih-lebih lagi apabila situasi begitu terjadi kepada kita sendiri, sudah tentu panik terutama sekali pada kaaum wanita. Begitulah yang terjadi kepada selebriti Syatilla Melvin apabila terpaksa mengharungi dugaan gara-gara kereta mahal miliknya kehabisan minyak di tengah jalan.

Kejadian melucukan itu dikongsi oleh suami Syatilla iaitu Shaheizy Sam menerusi laman instagramnya. Pasangan romantik ini sentiasa berkongsi momen melucukan yang membuatkan netizen terhibur melihat gelagat Shaheizy dan Syatilla.

Daripada video yang dikongsi Sam, kelihatan dua orang pemuda telah membantu Sam dan Syatilla mendapatkan minyak petrol dari stesyen minyak berdekatan.

Tindakan dua orang pemuda itu sekaligus menerima pujian daripada netizen. Betul lah orang selalu berkata, rakyat Malaysia sangat prihatin dan sentiasa menghulurkan bantuan tanpa mengira kauum.

Syatilla sendiri mendedahkan insiden berkenaan terjadi gara-gara suaminya yang terlupa mengisi minyak selepas membawa kereta.

Sementara itu, posting video yang dikongsi Sam telah menjadi perhatian ramai sehingga menerima hampir 150 ribu tontonan dan ratusan komen daripada pengikut-pengikutnya.

Rata-rata mereka yang memberi komen menyatakan perasaan terhibur dengan gelagat Sam dan Syatilla walaupun mereka sudah mempunyai dua orang cahaya mata. Bukan itu sahaja, sebahagian netizen juga berkongsi pengalaman sama yang pernah dialami oleh Syatilla.

Nampaknya lepas ni kaaum wanita kena lebih berhati-hati lah sebelum keluar, pastikan minyak kereta sentiasa full. Sentiasa beringat ya especially kauum wanita, hehe..

Sumber: Instagram Shaheizy Sam

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!