“Ni Che Ta nombor 2 ni pakai barang emas besaq” – Aaisyah Dhia Rana

Gelagat anak perempuan kepada Rozita Che Wan iaitu Aaisyah Dhia Rana sering mencuri tumpuan netizen dengan pelbagai kerenah lucunya. Gelagat kanak-kanak berusia 7 tahun itu juga dikongsikan oleh ibunya menerusi Instagram peribadi yang wujudkan oleh ibu bapanya itu sejak beliau dilahirkan. Sehingga kini pengikut akaun Instagram Aaisyah atau lebih mesra di panggil Ecah sudah mencecah 1.6 juta pengikut.

Kanak-kanak itu dilahirkan pada 1 November 2014 dan merupakan satu-satunya anak perempuan kepada Rozita Che Wan dan Zain Saidin. Sejak kecil, kanak-kanak tersebut sering digayakan oleh ibunya yang suka melaram dan sehingga kini Ecah juga mengikuti jejak langkah ibunya itu yang gemar bergaya.

Aaisyah Dhia Rana merupakan anak ketiga kepada pasangan pelakon jelita Rozita Che Wan dan Zain Saidin. Terdahulu sebelum mendirikan rumahtangga bersama Zain Saidin, Rozita Che Wan merupakan seorang ibu tunggal dan mempunyai dua orang anak lelaki hasil perkongsian hidup bersama bekas suami sebelum ini iaitu Ammar Effendy dan Aniq Ezra.

Menerusi instagram Ecah, terdapat satu video baru yang dimuatnaik memaparkan Ecah sedang bergaya bersama gelang emas. Lebih mencuit hati apabila kanak-kanak berkenaan juga bercakap dalam loghat Kedah dan memperkenalkan dirinya sebagai “Che Ta” nombor dua sambil berkata dirinya memakai barang kemas yang besar.

Video pendek tersebut juga ditujukan buat peminat Ecah yang merindui kanak-kanak berkenaan bertutur dalam loghat Kedah kerana sudah agak lama tidak mendengar Ecah bercakap dalam loghat negeri kelahiran ibunya itu.

Menjengah keruangan komen, para pengikut akaun Instagram Ecah berkata loghat Kedah Ecah itu kedengaran seperti loghat Siam pula kerana sukar memahami pertuturan Ecah.

Mujurlah masih ada para peminat yang faham dan menjelaskan semula apa yang dikatakan oleh Ecah itu dibahagian komen. Berikut dikongsikan semula beberapa komen yang ditinggalkan oleh para peminat Ecah.

 

“Aisyah, Nak Tanya sat. Pasai apa comey sangat. Uwaaaa, nak nangis aunty tengok mcm patung barbie d0ll… MashaAllah… Kudos to your parents… Dua dua pun segak… Mai kat anak, dua kali lipat ganda segak… Sat ni hang besaq, pening lah mummy, daddy hang… “ – Netizen

Comel betul lah Che Ta nombor dua ni melaram. Pandai Ecah mengaku diri dia Che Ta nombor dua pula. Pakai gelang emas besar-besar tu nak lawan mummy dia la. Jenuh nak faham Ecah cakap apa sebab loghat Kedah dah dengar macam Siam.

Sumber : aaisyahdhiarana111

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!