“Kita sedihla, tak blh tido dia tak ada” – Uqasha Senrose

Menjadi seorang suami itu bukanlah mudah. Ini kerana seorang suami perlu memenuhi nafkah zahir batin isteri mereka. Setiap isteri pula pasti mahukan suami mereka berada di sisi mereka sepanjang masa. Ini kerana suami itu adalah ibarat tempat mereka mengadu atau mengeluh dan juga tempat mereka bermanja. Namun sebagai seorang isteri juga perlulah mereka memahami taggungjawab suami untuk mencari nafkah dan bersabar dalam menempuh dugaan rumahtangga bersama.

Seperti kita kenali pelakon wanita yang sangat jelita iaitu Uqasha Senrose. Beliau yang memulakan karier beliau sebagai seorang pelakon dari tahun 2010 menerusi sebuah filem bebas berjudul Lukisan Hati dan seterusnya membina nama dan berjaya memegang beberapa watak utama dalam beberapa drama bersiri tempatan.

Daripada drama bersiri ‘Setelah Terlafaznya Akad’, disitulah berputiknya cinta antara Uqasha dan Kamal Adli. Mereka dikatakan sungguh rapat ketika sesi pembikinan drama tersebut. Dan pada 20 Disember 2020, Kamal Adli nekad memberanikan diri melamar Uqasha di hadapan skrin dan mengikat tali pertunangan pada April 2021.

Setelah itu, beliau dan Kamal Adli telah berkahwin secara tertutup dan tanpa pengetahuan media pada 5 November tahun lepas dan baru mewar-warkan pada media sebulan selepas itu. Sejak berkahwin, mereka dilihat romantik bersama dimana jua.

Sebagai seorang isteri, Uqasha juga memerluk4n kehadiran suaminya disisinya. Namun Kamal sebagai seorang suami perlu pergi mencari nafkah dan meneruskan kerjayanya sebagai seorang pelakon. Baru-baru ini, Uqasha ada berkongsi sebuah video dimana beliau menyanyi dubbing lagu Hindustan.

Dilihat dari video tersebut, Uqasha sangat pandai mengikuti lirik lagu bahasa Hindustan. Beliau berkata dalam ruangan kapsyen beliau bahawa beliau keseorangan kerana suaminya pergi mesyuarat dan belum pulang lagi.

Beliau juga berkata beliau sed1h dan tidak dapat tidur kerana merindui suaminya itu. Beliau juga sempat memesan pada Kamal Adli untuk bekerja elok-elok.

Netizen juga sangat terhibur melihat Uqasha menyanyi dubbing lagu Hindustan. Ramai juga mengatakan cara beliau dubbing lagu tersebut seolah-olah beliau menyanyikan betul-betul lagu Hindustan itu.

Tidak salah untuk Uqasha bersifat manja begini dengan suaminya. Sebagai isteri beliau juga perluk4n belaian suaminya.

Namun, sebagai seorang isteri juga, beliau sentiasa memahami bahawa ia adalah tanggungjawab Kamal untuk pergi mencari rezeki. Sama-sama memahami itu adalah sangat penting dalam menjaga keharmonian sesebuah rumahtangga.

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!