“Nasib baik laki hensem, terigt iklan xkaya takpe jnji hensem” – Shiera Ijoy

Sejak hampir setahun lalu dia sudah memaklumkan mahu berpindah ke luar negara. Begitupun Sharifah Sakinah, 33, tidak terus ‘men1nggalkan’ peminat di Malaysia apabila sentiasa memuatnaik di medsos tentang keadaan dirinya ketika di negara luar itu. Kadangkala dia ber’OOTD dan banyak masa selebihnya tampaknya Sakinah lebih gemar berkongsi tentang aktiviti senaman dan menyihatkan badan. Sekali sekala turut dikongsikan kelibat ‘tunangnya’ warga Sweden, Michael Hansen.

Penulis sendiri tertanya-tanya bagaimana agaknya seorang wanita boleh hidup sendiri untuk berada di negara orang. Apa tidaknya, sebelum itu dia pernah berkongsi mengenai dirinya yang memang nekad untuk berhijrah ke luar negara.

Menurut perkongsiannya dengan pihak media, keputusannya itu berikutan untuk meneruskan rawatan masalah kesihatan mntalnya iaitu berkaitan ADHD.

Diam tak diam, tup-tup semalam Sakinah tiba-tiba berkongsi di IG nya bahawa dia sebenarnya sudahpun mendirikan rumahtangga dengan tunangnya itu. Entah bila tarikhnya tidak pula dinyatakannya. Apa pun tahniah buat Sakinah… akhirnya ya…

Dalam status hantarannya yang turut berkongsi ‘berita’ itu, Sakinah yang pada mulanya menerangkan tentang bagaimana kelas fitness nya berkembang kemudian mengucapkan terima kasih kepada partner yang juga suaminya.

Menurutnya, dia membuat pengumuman itu apatah lagi dek ada orang sekelilingnya yang bertanya sejak diadakan kelas fitness pertama mereka. Katanya, mereka tertanya-tanya mengapa Sakinah dan suaminya tidak mengumumkan perkahwinan.

Begitupun terang adik kepada aktres Sharifah Norhaslinda dan Sharifah Shahirah (Shiera) ini, ia kerana ada kaitan dengan isu peribadi dan hal agaama. “We would like to keep it low before. But now yeah, it’s official, takyah tanya lagi okay. Thank you and love you all muaahh” tulis Sakinah di akhir coretannya.

Huhhh pandai juga kakaknya Shiera simpan rahsia selama ini, biarpun sebelumnya pernah diasak oleh wartawan yang mahu mengorek tentang penghijrahan Sakinah. Apa pun moga dipermudahkan urusan Sakinah dan suaminya serta bahagia selamanya.

Ada juga rakan artis yang mengucapkan tahniah kepadanya, antaranya Raja Ilya, Scha Al Yahya, selain netizen. Sis Shiera juga sempat komen mengusik adiknya itu: “Nasib baik laki hensem..teringat pulak iklan tak kaya takpe janji hensem..ehh terbalik”, tulis Shiera.

Pada 28 Mac 2015, Sakinah dan usahawan Alif Adha Jamil diijabkabul. Dia selamat melahirkan bayi perempuan pada 24 Mei 2017. Perkahwinan Sakinah dan Alif Adha hanya bertahan selama 5 tahun apabila pasangan itu mengesahkan percera1an mereka pada Mei 2020.

Sumber : Ig Sharifah Sakinah

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!