“Mcm kawen mat salleh, isteri sekali pandang mcm Shasha Elite”- Netizen

Kelmarin telah berlangsungnya majlis pernikahan di antara penyanyi yang juga bekas pemenang tempat kedua program hiburan Big Stage musim ketiga iaitu Usop dengan pasangannya Teha. Pasangan raja sehari itu sepakat memilih tarikh 4 Februari demi mengambil keberkatan melangsungkan pernikahan pada hari jumaat yang mulia. Majlis pernikahan Usop atau nama sebenarnya, Muhamad Saiful Naim Mohd. Noor, dengan pasangan iaitu Nur Fatihah Md. Hashim diadakan secara tertutup di Kompleks Darul Hidayah, Permatang Tok Gelam, Pulau Pinang.

Akad nikah pasangan berkenaan telah disempurnakan oleh Penolong Pendaftar Nikah Butterworth Pulau Pinang Ustaz Harun Idris dengan berwalikan bapa kepada Nur Fatihah sendiri iaitu Md. Hashim Nordin dan bersaksikan abang Nur Fatihah, Muhammad Firdaus Md. Hashim serta bapa sebelah pengantin lelaki iaitu Mohd. Noor Ismail.

Pasangan ini baharu sehaja mengikat tali pertunangan pada 4 November 2021 yang lalu selepas dua tahun berkenalan. Namun mereka berdua tidak menunggu lama apabila Usop dan isterinya yang mesra di sapa sebagai Teha mengambil masa hanya 3 bulan dalam fasa pertunangan sebelum kemudiannya mendirikan rumahtangga.

Sekadar info, Usop sebelum ini mula dikenali setelah menyertai satu program nyanyian di saluran TV3. Menerusi program nyanyian berkenaan, beliau berjaya merangkul tempat kedua sebagai naib juara.

Usop juga pernah menyertai program nyanyian di Astro iaitu Big Stage musim ketiga dan juga mendapat tempat sebagai Naib Juara. Dalam pada itu, isterinya Teha pula merupakan seorang kakitangan syarikat swasta.

Satu majlis untuk meraikan pasangan raja sehari itu pula telah di adakan pada 5 Februari iaitu pada keesokkan hari setelah selesai majlis akad nikah. Beberapa gambar sekitar majlis mereka berdua telah dikongsikan di media sosial masing-masing.

Menjengah ke ruangan Instagram Usop, ruangan komen di hujani ucapan tahniah daripada para peminat dan para warganet di atas pernikahan pasangan mempelai berkenaan.

Berikut dikongsikan beberapa gambar sekitar majlis yang dimuatnaik menerusi Instagram Usop sendiri. Diantara komen- komen warganet yang ditinggalkan di Instagram penyanyi berkenaan adalah apabila warganet berkata mereka tertarik dengan kecantikan yang dimiliki oleh isteri kepada Usop yang turut membuat pekerjaan sambilan sebagai model dan usahawan kosmetik itu. Ramai yang memuji kecantikan wajah isteri Usop berkenaan.

https://www.instagram.com/p/CZjvBzspes7/?utm_medium=share_sheet

Terdahulu, hubungan pasangan ini di duga apabila satu gambar yang dimuatnaik oleh Teha di applikasi TikTok menjadi tular gara-gara gambar tersebut memaparkan dirinya mendapat lebam di kawasan sekitar mata.

Gambar yang dikongsikan oleh Teha di applikasi TikTok itu kemudiannya menjadi tular serta menimbulkan salah faham dalam kalangan Netizen kerana menyangka Usop mengasari Teha sehingga menyebabkan lebam tersebut. Tanpa usul periksa, Netizen kemudiannya bertindak untuk mengec4m penyanyi lelaki tersebut.

Bagaimanapun salah faham berkenaan akhirnya terungkai apabila Teha kemudiannya mengambil langkah memberikan penjelasan menerusi ruangan komen di applikasi TikTok bahawa matanya lebam bukanlah kerana di kasari oleh tunangnya namun di sebabkan terhantuk di bucu meja.

Beberapa keping gambar yang dikongsikan Usop di instagramnya itu sehingga kini telah menerima hampir 20 ribu tanda suka dan pelbagai komen daripada peminat dan warganet.

Ada segelintir warganet yang turut menyamakan wajah isteri kepada pelantun lagu Lenyap dan Pencinta Setiamu itu seakan seiras dengan penyanyi kumpulan Elite yang juga merupakan kakak kepada Zain Saidin iaitu Sasha Saidin.

Tidak kurang juga netizen yang menyamakan wajah Teha mirip “mat salleh”. Rata- rata mereka juga memberikan ucapan tahniah dan menzahirkan perasaan gembira mereka di atas pernikahan Usop serta mengatakan bahawa Naib Juara Big Stage itu amat bertuah kerana dikurniakan seorang isteri yang sangat cantik sebagai isteri.

Bercakap mengenai soal zuriat, pasangan berkenaan berkata mereka tidak terburu-buru untuk mendapatkan cahaya mata namun hanya menyerahkan segalanya kepada takdir. Tahniah Usop di atas pernikahan dan rumahtangga yang baru dibina ini. Rezeki Usop dikurniakan seorang isteri yang sangat cantik. Bertuah Usop.

Sumber: ig usopofficial

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!