“Kesian kawan, pakai semat2 salah time”- Netizen

Selalunya, mereka yang bekerja di sector swasta ni, cara code pemakaian mereka adalah bebas, tak kisah lah nak pakai apau pun, yang penting selesa dan tak terlalu terbuka. Best juga kan kalau dapat berpakaian sebegitu, kalau di sector lain, biasanya harus berpakaian rasmi. Tapi, tak kisah yang nama-nama, asalkan kita selesa.

Korang rasa kalau menjadi seorang Dj harus berpakaian macam mana ? Sudah semestinya bebas kan, lihat saja cara pemakaian penyampai radio Era, Suria dan banyak kali, mereka berpakaian bebas dan selesa.

Tapi, ada juga mereka berpakaian rasmi ataupun mereka tetapkan pakaian sebagaimana, contohnya kalau ada event tertentu, sudah semestinya mereka rancang untuk berpakaian yang telah ditetapkan untuk memastikan keseragaman.

Sebagai contoh, memakai pakaian bersuit. Ada dimuat naik di Instagram milik Era.je, yang memuat naik video beliau segak bergaya memakai pakaian bersuit siap kasut berkulit lagi tau. Smart betul. Bak kata Nabil bekas banker.

Bila isterinya Eira Syazira bertanya, nak pergi mana pakai lawa macam ni pagi-pagi ? Dengan bangga nya beliau berkata beliau ingin pergi ke kerja. Katanya jadi Dj kenalah pakai smart, barulah Dj next level, katanya denga penuh yakin.

Sesampainya beliau di tempat kerja, dua orang rakan nya itu, Nabil dan Radin, pelik kerana Pak Azad berakaian smart sangat ni ? Dahla tengah pagi but4. Rupa-rupanya Pak Azad telah disc4m. Lawak betul tengok diorang time tu.

Rupa-rupanya mereka harus berpakaian suit pada belah petang iaitu PM, tapi agaknya Pak Azad tersalah dengar kot, dipakai nya di sebelah AM. Alamak, kesian member kena gelak, tersalah dengar punya salah. Lain kali kena relax bak kata Nabil.

Bak kata Nabil, tulah time meeting, dengar betul-betul orang cakap apa, takdalah tersalah informasi, ni Pak Azad duk jerit sana sini, mana lah tak terlepas info tu kan, salah sendiri ni. Kelakar pula jadinya. Nak salahkah siapa lagi kan, kalau dah memang salah sendiri.

Bak kata netizen, haritu Nabil tersalah tarikh concert Billie Ellish, ni Pak Azad pual tersalah AM dan PM. Kita tunggu Radin pulak lah salah apa pula ye. Sememangnya mereka semua ni, tak habis-habis dengan lawak mereka tu, adui.

Sumber : Ig Era.je

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!