“Balik ke imej ni, confirm muda 10 tahun”- Netizen

Pemilik nama Sharnaaz Ahmad merupakan seorang pelakon dan usahawan di Malaysia. Selain berlakon dan menjalankan perniagaan, beliau kini aktif sebagai pengacara. Meskipun baru- baru ini beliau ada terpalit dengan kntr0versi namun rezeki tetap menyebelahi beliau apabila beliau di tawarkan menjadi pengacara bagi satu rancangan pertandingan lawak popular iaitu Muzikal Lawak Superstar.

Pelakon berkenaan mengembangkan lagi bakat pengacaraan apabila beliau menjadi pengacara rancangan Muzikal Lawak Superstar bergandingan bersama Kak Lina Pom Pom.

Sebelum ini beliau pernah mengacarakan program berbentuk game show bergandingan bersama Siti Elizad namun sudah agak lama program berkenaan bersiaran.

Kali ini beliau muncul di pentas yang lebih besar malahan beliau bersiaran secara langsung dan pastinya memberikan cabaran yang berbeza buat pelakon berkenaan.

Sharnaaz aktif berkongsi aktiviti seni bersama para pengikut akaun Instagram beliau. Adakalanya beliau juga berkongsi aktiviti bersama anaknya Jebat Jayden.

Terbaru beliau memuatnaik sekeping gambar ketika beliau memegang satu watak yang berjaya menaikkan nama beliau dalam bidang seni iaitu ketika beliau melakonkan watak sebagai Jebat menerusi drama Bukan Aku Tak Cinta.

Gambar berkenaan sememangnya menggamit kenangan buat para peminat beliau apatah lagi yang mula mengenalinya ketika drama berkenaan hangat di tayangkan di televisyen dan mempunyai para pengikut yang tersendiri.

Menjengah keruangan komen, gambar berkenaan menerima hampir 400 komen pelbagai daripada rakan artis dan netizen.

Rata- rata peminat mengenali watak yang di bawakan Sharnaaz ketika itu sebagai Jebat. Namun ada juga Netizen yang memuji Sharnaaz bakal kelihatan 10 tahun lebih muda sekiranya pelakon drama Bukan Aku Tak Cinta itu kembali ke imej sebelum beliau berjambang lebat seperti sekarang.

Berikut di kongsikan antara komen- komen yang di tulis oleh para peminat dan netizen terhadap gambar yg di kongsikan oleh Sharnaaz tersebut.

Ramai juga peminat Sharnaaz yang pastinya merindui imej Sharnaaz beberaap tahun sebelum ini kerana netizen hampir terlupa wajah sebenar pelakon berkenaan sebelum mempunyai jambang seperti sekarang.

Sumber : ig sharnaaz ahmad

Artikel ini di sediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!