“Baju batik tu memang gaya YB sangat”-Netizen

Pasangan sama cantik sama padan, Dr Izzar dan Ummi Nazeera tidak lagi asing. Dua-dua sama elok, sebabtu lah anak mereka pun sama cantik macam diorang. Mereka berdua kalau pergi ke mana-mana, pasti akan menarik perhatian orang ramai kerana kemesraan dan keserasian mereka tu.Korang pernah terjumap dengan diorang dekat mana-mana event ?

Baru-baru ini mereka ada berdating bak kata Dr. Izzar, di KLFW, di festival fashion. Sudah semestinya mereka dan tetamu yang lain memakain pakaian dengan penuh bergaya dan luar biasa, yelah nama pun festival fashion kan.

Ummi Nazeera yang juga selalu menjadi model tidak lagi kekok baginya untuk berpakaian dengan penuh gaya. Jadi, Dr.Izzar pun confirm lah kena ikut vibes isterinya tu kan, kenalah pakai yang matching dengan wife nya.

Tidak dinafikan bahawa semua fashion dan style yang dimuat naik oleh Dr.Izzar di Instagram nya sangat menarik perhatian, tapi ada satu part yang lebih menarik hati para netizen ketika Dr.Izzar menggayakan berbaju batik.

Haa, part ni sangat lucu. Dr.Izzar dengan caption “Wife saya pakai cantik stylo je. Tapi awat saya gaya macam YB melawat kawasan je ni.” Memang tak dapat dinafikan bahawa vibes yang diberikan oleh Dr.Izhar bukan saja macam seorang model, tapi lebih kepada seorang YB.

Nak-nak pula apabila beliau pakai baju batik tu. Tak gaya macam nak pergi KLFW dah, gaya macam seorang YB nak pergi melawat kawasan adalah. Haha, kelakar betul kan, kalau dah muka tu gaya macam muka YB, silap hari bulan orang akan panggil beliau YB.

Rata-rata netizen ramai yang terhibur dengan caption beliau dan semua setuju bahawa beliau macam YB yang nak pergi turun padang melawat kawasan, lebih-lebih lagi part pakai baju batik tu lah. Lucu sangat kan.

Wifenya pula ketika itu tidak berpakaian batik pun, dan semua style Ummi memang menampakkan beliau seorang model yang penuh bergaya gitu.Yelah orang cantik, tinggi dan slim pula tu. Pakai apa pun auto cantik.

Tapi, walaupun Dr.Izzar tidak lagi bergelar YB, tak pelik pun esok lusa beliau akan menjadi YB kan, tak jadi YB pun, orang ramai sangat menghorm4ti beliau denga beliau adalah seorang dktor yang disegani ramai. Begitu pun boleh.

Sumber : Ig Izzar

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!