“Sayu hati Tok Sidang ni, nengok deme yg berusaha jayakan aqiqah Bunga” – Jinggo

Siapa yang tak sayangkan cucu. Nak pula jadi cucu pertama jadi penyeri dalam keluarga. Lihat saj4lah bagaimana sambutan ahli keluarga terdekat aqiqah, Bunga. Selain ibunya, pelakon, Elisya Sandha dan neneknya, Sheila Rusly, mereka terdekat bertungkus-lumus menjayakan majlis aqiqah si kecil itu. Momen tersebut rupanya mengundang sebak datuknya yang juga pengarah dan penerbit, Jinggo atau nama sebenarnya, Azman Yahya yang mesra dipanggil Tok Sidang ini.

Mana tak terharunya, kalau dilihat video dikongsikan masing-masing ada tugas untuk disiapkan, daripada memasak, menghias dan menyiapkan pelamin berendoi. Umpama semua menyambut kelahiran Bunga. Bertuahnya si comel ni…

Dilahirkan pada 18 Jun lalu, bagi yang mengikuti perkembangan media sosial Sheila pasti perasan akan kegembiraan keluarga menyambut orang baru itu. Sheila pun tampak teruja dengan persediaan baby shower sebelum kelahiran, bahkan tika Bunga menjengah dunia.

Seronok membaca ada yang mengagumi keluarga bahagia Sheila sejak dahulu, tambah adore sejak dia dan Jinggo dikurniakan cucu yang menyerlahkan lagi semangat kerjasama dan kasih sayang dalam keluarga ini.

“Happy sgt2 melihat kebahagiaan dan kerjasama keluarga sis”, “Alhamdulillah, family kita paling best, erat dgn kasih sayang”, “Love this sgt. Beautiful and I’m touched”, “Semoga Bunga berbahagia di dunia dan akhirat”. Itu antara komen netizen.

Rata-ratanya pun tersentuh dengan Sheila yang menjaga Elisya seperti anaknya sendiri. Agak mencuit hati apabila ramai meluahkan agar dapat mentua seperti Sheila yang tak lokek dengan kasih sayang, ada berharap dapat melakukan perkara sama dengan menantu.

Terdahulu, pernah Sheila berkongsi dengan sebuah media tempatan yang dirinya tidak dapat menahan sebak dan tangis kerana selama ini dia hanya menumpang kasih pada mereka yang mempunyai anak atau cucu perempuan.

Kata Sheila perasaannya itu tak boleh kawal. Menolak ia lakonan atau saja-saja nak keluar air mata, dia rupanya selama ini rasa sebak, sebab keluarganya kecil dan tidak ada anak perempuan. Hinggakan tiap kali pelakon bekerja dengannya, Sheila anggap mereka macam anak sendiri.

Benarlah Tuhan itu Maha Adil kan… Sheila tak kedekut kasih sayang akhirnya dapat juga pewaris perempuan seperti diimpikannya selama ini. Moga Sheila sekeluarga terus bahagia dan memberikan inspirasi kepada yang lain di luar sana.

Sheila dan Jinggo mempunyai dua anak lelaki. Elisya, 23, mendirikan rumah tangga dengan anak mereka iaitu Uzair Haqimy, 26, pada 21 Ogos tahun lalu. Elisya juga merupakan adik kepada pelakon popular, Fasha Sandha.

Sumber : IG Sheila Rusly

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!