“Comel je pak ustad tutupkan aurat isteri dia”-Netizen

Syurga seorang isteri terletak pada suami. Maka seorang wanita yang bergelar isteri sememangnya perlu taat dan setia pada suami tercinta. Sering kali kita mendengar isteri adalah amanah dan cerminan bagi suami. Manakala suami juga wajib melayani isteri dengan baik dan sentiasa menasihati isteri dalam pelbagai hal. Sungguh besar tanggungjawab sebagai suami dan isteri dalam kehidupan rumah tangga.

Penjagaan aurat adalah perkara yang sering kali ramai sebut di laman sosial media. Semestinya seorang isteri perlu menjaga aurat dengan baik dan suami lah yang menjadi pembimbing buat isteri. Adakalanya jika si isteri terleka untuk menutup aurat, suami lah yang bertanggungjawab untuk menasihati mereka.

Begitulah yang sentiasa diamalkan oleh pasangan selebriti Neelofa dan PU Riz dalam kehiduoan rumah tangga mereka. Seperti yang ramai kenali pasangan selebriti ini, Neelofa dan PU Riz cukup menjaga tingkah laku dan nama baik mereka memandangkan mereka membawa imej islamik.

Neelofa dan PU Riz antara pasangan selebriti yang sering menjadi bualan hangat netizen di laman sosial media. Apa sahaja yang dilakukan pasangan selebriti ini, pasti video dikongsi oleh peminat mereka.

Tak dinafikan, mereka sangat rapat dengan peminat memandangkan mereka juga usahawan terkenal yang memiliki stokis dan agen terdiri daripada peminat mereka sendiri.

Baru-baru ini, tersebar video PU Riz dan Neelofa menerusi laman Instagram. Kelihatan PU Riz menutup aurat Neelofa gara-gara tudung Neelofa terselak di bahagian depan ketika berdiri di khalayak umum.

Tindakan PU Riz berkenaan menjadi perhatian netizen dan turut menerima pujian kerana bertindak cepat menutup aurat isteri tercinta.

Video yang dikongsi salah seorang peminat. Eelofa menerusi Instagram telah menerima 144,000 tontonan dan 1,800 tanda suka. Rata-rata netizen memuji sikap penyayang PU Riz terhadap Neelofa menerusi ruangan komen.

Netizen juga akui, Neelofa beruntung kerana memiliki seorang suami yang cukup menjaga aurat isterinya. Good job Pu Riz.

Alhamdulillah bagusnya PU Riz sangat-sangat menjaga Neelofa. Biasa kah kadang-kadang amtudung terselak atau baju terselak tak perasan, nasib baik si suami cepat nampak hehe terus tutupkan aurat isteri tercinta.

Sumber: Instagram richdolls.cikketayapmadu

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!