“Kemas2 laci terjumpa gambar lama, masa ni umur 15 tahun” – Zamarul Hisham

Hobi berbasikal kini sudah menjadi trending dalam kalangan rakyat Malaysia. Ke mana saja kita berada, pasti akan berjumpa dengan sekumpulan geng berbasikal di tepi jalan. Lebih-lebih lagi ketika hujung minggu, ramai melakukan aktiviti berbasikal bagi meluangkan masa mereka. Tidak dinafikan, berbasikal antara hobi yang popular dalam golongan ‘kayangan’. Bayangkan harga satu basikal saja sudah mencecah ribuan ringgit.

Antara selebriti Malaysia yang aktif berbasikal ialah pelakon Zamarul Hisham. Melihat pada perkembangan terbaru Zamarul, beliau sering memuatnaik foto berbasikal sehingga memjelajah ke pelbagai negeri. Hebat sungguh pelakon popular ini.

Siapa sangka, pelakon hebat ini sudah bertahun-tahun aktif berbasikal sejak zaman sekolahnya.

Buktinya,beliau telah memuatnaik foto lama yang menunjukkan dirinya ketika itu berusia 15 tahun berbasikal bersama salah seorang rakannya. Jelas Zamarul antara yang sudah lama berkecimpung dalam dunia berbasikal ya..

Dan kini, Zamarul aktif berbasikal bersama isterinya Diana Rafar. Ternyata memang seronok bila berkongsi hobi bersama tersayang kan..

Zamarul turut mendedahkan, beliau antara pelajar di High School Kajang dan pernah suatu ketika dahulu bercita-cita ingin menjadi pelumba negara.

Foto lama Zamarul yang dikongsi itu telah menerima banyak respon daripada netizen dan rata-ratanya memuji wajah tampan Zamarul ketika berumur 15 tahun itu. Sekarang pun masih maintain tampan je Zamarul bak kata netizen..

Patut lah Zamarul Hisham nampak fit je, selalu aktif berbasikal kan.. Lagi-lagi bila dapat berbasikal dengan isteri tercinta.

Sumber: Instagram zamarulhisham93

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!