“Letopss mcm pengantin baru la pulak, tahniah” – Netizen

Mengikat tali perkahwinan pada 13 Disember 2013, tampaknya ikatan dua hati pasangan ini terus bersemi dari hari ke hari. Apatah lagi dikurniakan permata hati, Aaisyah Dhia Rania kira-kira setahun selepas itu, ia menambatkan lagi kasih antara Rozita Che Wan atau Che Ta dengan Zain Saidin. Anniversary mereka boleh dikatakan disambut saban tahun. Terbaharu sambutannya dikongsikan semalam.

Menariknya, seakan tidak dimamah usia, pasangan ini bukan sahaja dilihat semakin int1m dalam melayari bahtera rumah tangga, bahkan luaran mereka terutama Che Ta dilihat maintain sahaja seperti diawal perkahwinan lapan tahun lalu.

Jika ramai seangkatan usianya mengeluh sukar mengekalkan figura tubuh seperti di zaman anak dara dan teruna, namun ia seperti tidak sesukar mana jika melihat pada Che Ta dan Zain. Tetap letops.

Itu yang banyak diakui dan diperkatakan oleh netizen dalam ruangan komen pada hantaran momen-momen sambutan ulangtahun perkahwinan pasangan ini oleh Che Ta sendiri di medsos beliau sejak semalam.

Dalam hantaran beliau, Che Ta berkongsi video dan foto berbusana pengantin. Lebih manis pada majlis ulang tahun mereka itu, Che Ta dan Zain turut dilihat bersama insan-insan terdekat mereka.

Selain Aaisyah, dua anak terunanya daripada perkahwinan terdahulu, Aniq Ezra dan Ammar Effendy serta adik Che Ta, Ayu Raudah turut kelihatan. Tumpang gembira melihat keceriaan keluarga ini pada sambutan anniversary Che Ta dan Zain. Yang pasti Che Ta diakui ramai, ‘tak pernah tak cantik’.

Untuk info, pada tahun perkahwinan mereka, ia dikatakan wedding of the year kerana dilaporkan di maya menelan kos perbelanjaan kira-kira RM13 juta. Malah keputusan mereka mendirikan rumah tangga mendapat perhatian netizen berikutan jarak usia antara kedua-duanya.

Begitupun, mereka berjaya membuktikan hingga ke hari ini bahawa jarak usia 11 tahun bukan halangan untuk mengecap kebahagiaan. Apatah lagi Zain sendiri mengakui kepopularan Che Ta sebelum perkahwinan mereka lagi menyebabkan ramai tak sangka kedua mereka akan bertemu jodoh.

Che Ta cukup terkenal dengan siri komedi Kiah Pekasam yang berjaya meletakkannya sebagai salah seorang pelakon komedi wanita yang cukup dikenali. Selain terkenal dengan dunia lakonan, beliau juga antara selebriti wanita yang cukup panas di media sosial dan sering mendapat perhatian umum.

Sementara itu, Zain atau nama sebenarnya Mohamad Zain Mohd Saidin, lahir pada 23 Februari 1984 ialah seorang pelakon dan model Malaysia. Beliau merupakan adik bongsu kepada Sasha Elite. Padanlah ‘terjumpa’ Che Ta, Zain juga berlakon drama antaranya Kiah Pekasam. Beliau juga cukup dikenali dalam siri Oh My English di saluran Astro.

Selain itu juga ramai yang perasan kehadiran adik perempuan Che Ta iaitu Ayu Raudah. Lama tak nampak dan makin cantik sekarang walaupun lama tak berlakon. Memang cantik dua beradik ni.

Sumber : Ig Rozita Che Wan

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!