“Saya lega sgt apabila tersingkir” -Dato Fazley

Dato Fazley menepati ramalan Netizen apabila menjadi peserta kedua yang tersingkir daripada pertandingan Gegarvaganza Musim ke lapan. Pada konsert minggu ke empat yang berlangsung malam tadi, Dato Fazley telah menyanyikan lagu dendangan asal Datuk Hattan iaitu Mahligai Syahdu. Walaubagaimanapun nasib tidak menyebelahi beliau apabila telah memperoleh markah terendah iaitu hanya sebanyak 50 peratus.

Tema pada minggu keempat ialah Berdiri Bulu Romaku. Program Gegarvaganza masih lagi mengekalkan format penjurian asal di mana persembahan para peserta yang bertanding akan di adili sepenuhnya oleh barisan juri professional. Sepertimana tahun yang sebelumnya, barisan juri kali ini masih lagi mengekalkan Maestro tersohor negara ini iaitu Datuk Ramli MS. Di samping Datuk Ramli, gegarvaganza musim ke lapan ini akan di serikan dengan kehadiran Bunda Hetty Koes Endang dan juga Datuk Syarinaz Selamat sebagai juri tetap.

Sejak daripada konsert minggu pertama Gegarvaganza musim ke lapan ini lagi telah menyaksikan Dato Fazley mendapat markah terendah berdasarkan persembahan lagu miliknya Asmara Ini. Bagaimanapun, nasib penyanyi berkenaan amat bertuah apabila tiada penyingkiran di umumkan pada minggu pertama dan sekaligus melayakkan Datuk Fazley Yaakob bertanding di konsert kedua bersama 12 peserta yang lain.

Tetapi apa yang menjadi perbualan hangat netizen di media sosial adalah persembahan nyanyian oleh Dato Fazley yang dianggap tidak memuaskan. Kebanyakan netizen mengkritik dan merasakan bahawa vokal Dato Fazley agak sumbang selain mempunyai beberapa kesalahan lain dalam nyanyiannya.

Tidak terhenti di situ, ada segelintir daripada mereka mendakwa Datuk Fazley seakan menyanyi di pusat karaoke dan bukannya seperti sedang bertanding di pentas berprestij Gegar Vaganza. Malah ada yang beranggapan bahawa Datuk Fazley lebih sesuai menjadi chef daripada bergelar seorang penyanyi.

Sementara itu, menerusi Instagram peribadi Dato Fazley pula, penyanyi, pelakon dan chef selebriti itu berkata beliau sebenarnya mengakui berasa amat lega apabila sudahpun tersingkir daripada program Gegar Vaganza musim ke-8 (GV8).

Dato Fazley memberitahu bahawa beliau sebenarnya bukanlah mahu menidakkan peluang dan rezeki dapat menyertai pertandingan dan pentas besar Gegarvaganza namun, jauh di sudut hatinya beliau menyedari tahap kemampuan dirinya dan akur dengan rezeki dapat beraksi sehingga minggu ke empat.

Tambah Dato Fazley lagi, pentas Gegar Vaganza tidak sesuai untuk dirinya. Bekas peserta Gegarvaganza musim ke lapan ini mengakui beliau hanyalah merupakan seorang penyanyi rakaman yang boleh diperbaiki nyanyiannya di dalam studio berkali-kali tanpa sebarang penjurian sehingga nyanyiannya kedengaran sempurna untuk dijadikan lagu di radio.

Bagaimanapun Dato Fazley turut menitipkan ucapan terima kasih kepada semua peminat yang telah banyak memberi sokongan padu kepadanya sewaktu di Gegarvaganza. Dato Fazley juga mengakui beliau akhirnya telahpun berjaya memuaskan hati anak-anaknya untuk melihat dirinya kembali menyanyi di atas pentas. Berikut dikongsikan komen-komen netizen tersebut.

Di antara para artis yang telah membuat persembahan, persembahan Apek dan Yasin adalah antara persembahan yang paling banyak menarik perhatian para netizen. Meskipun Apek dan Yasin lebih dikenali sebagai pelawak berbanding penyanyi namun persembahan mereka nyata tidak mengecewakan dan menghiburkan para penonton.

Malahan kedudukan markah Apek dan Yasin saban minggu boleh dikata pencapaian yang cukup cemerlang buat para pelawak yang menjadi penyanyi kerana bersaing dengan para penyanyi.   Apek dan Yasin enggan menggunakan nama kumpulan Senario dan memilih memperkenalkan nama kumpulan mereka sebagai kumpulan SAYA di mana mewakili nama Saiful Apek dan Yasin sendiri.

Persembahan mereka juga cukup menghiburkan sehingga menenggelamkan persembahan para peserta yang sememangnya berasal dari menyanyi. Program Gegarvaganza musim kelapan itu masih lagi mengekalkan gandingan pengacara selama 8 musim berturut- turut iaitu Jihan Muse dan juga Nabil Ahmad.

Sumber: ig Dato Fazley

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!