“Kelam kabut anak tu mau ikut rentak supermodel berjalan” – Netizen

Comel je min nampak selebriti terkenal Elvina Mohamad berjalan ala-ala supermodel sambil menarik tangan anak lelakinya yang masih kecil itu agar berjalan seiringan dengannya dalam satu video pendek perkongsiannya menerusi akaun Instagram Elvina. Elvina ataupun lebih popular dengan nama pendek El kebelakangan ini sering muncul dalam mana-mana media sosial disebabkan oleh pelancaran produk kecantikannya iaitu L’pure Beauty.

El yang baru mempunyai seorang anak lelaki ini amat terkenal di dalam kalangan rakyat Malaysia disebabkan oleh lakonannya yang mantap dalam apa-apa sahaja drama yang dibintangi olehnya. Sudahlah dikurniai dengan kecantikan, El juga turut dikurniai dengan bakat berlakon yang unggul.

Menerusi video perkongsian El yang konon-kononnya sedang yakin berjalan menggunakan kasut bertumit tinggi, namun hakikatnya El sendiri mengakui bahawa dia sebenarnya sedang menahan s4kit kaki semasa menggunakan kasut bertumit tinggi tersebut.

Nampak seperti seorang supermodel berjalan dengan penuh yakin, namun rupa-rupanya disebalik tabir, terlindung tapak kaki yang sedang menahan s4kit. Kehkehkeh.

Anak lelaki El pula macam dah tidak ketentuan kaki tu mahu jalan arah yang mana dek kebingungan mengikuti rentak ala-ala supermodel berjalan ibunya. Nasib baiklah Karl tidak tersandung ye bersama-sama dengan El semasa El tengah ‘catwalk’ ni.

Video perkongsian El ini yang telah dikongsikan semenjak 23 jam yang lalu lagi tetap menjadi perhatian buat semua pengguna Instagram.

Video yang dimuatnaik oleh El ini berjaya mendapat sebanyak 36,247 likes serta 146 komen daripada para followers Instagram dan juga rakan artis El yang lain.

Rakan artis El seperti Fasha Sandha juga turut tidak ketinggalan dalam memeriahkan lagi ruangan komen posting milik El ini. Kebanyakan warganet yang lain memuji kecantikan El yang tidak pernah berubah semenjak dari dahulu lagi. Banyak juga yang memuji El yang masih cantik walaupun sudah mempunyai anak.

Bagaimana dengan pendapat para pembaca pula? Cantikkan El ni? Apa-apapun, semoga El sentiasa berjaya dalam apa juga kerjaya, tidak kira dalam bidang lakonan ataupun sebagai founder produk kecantikan L’pure Beauty yang baru sahaja dilancarkan pada beberapa hari yang lalu.

Sumber: Instagram Elvina

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!